Seni & Sukan 08 Jan, 2023

Video| Faisal: Kami berjuang demi negara biarpun kami bukan pemain pilihan! Terima kasih peminat setia!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

Kredit foto-foto: FB Football Association of Malaysia


PEMAIN sayap negara, Faisal Halim jelas kelihatan begitu gembira melihat sokongan padu daripada peminat setia Harimau Malaya kepada pasukan kebangsaan dalam perlawanan Piala AFF 2022 pada malam tadi (7 Januari 2023) sehingga membantu mereka menang tipis ke atas Thailand.

Bagi Faisal, mereka sebagai pemain akan berjuang sehabis baik di atas padang untuk mencari kemenangan dalam setiap perlawanan agar ia dapat memberi kegembiraan kepada penyokong setelah menyokong mereka tanpa berbelah bahagi.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Faisal Halim



"Saya bangga penyokong sanggup datang walaupun tiada orang meletakkan harapan tinggi ke atas kita dan ada orang komen macam-macam dalam media sosial tapi kami selaku satu pasukan kami bersatu demi rakyat Malaysia.

"Kami akan cuba buat yang terbaik untuk membanggakan rakyat Malaysia, kami bukanlah pemain pilihan anda tetapi kami bekerja keras untuk memastikan keputusan yang kami peroleh membuat anda gembira," ujarnya.

Dalam perlawanan malam tadi, Faisal dan rakan sepasukan terpaksa berhempas pulas bertahan untuk mengekalkan kelebihan 1-0 tersebut selepas Thailand menguasai sebahagian besar permainan.

Ketika ini, Faisal berada di kedudukan kedua penjaring terbanyak kejohanan di belakang penyerang Thailand, Teerasil Dangda dengan lima jaringan.

Perlawanan separuh akhir kedua nanti sudah pasti kelibat mereka berdua di akan menjadi tumpuan sama ada mampu meneruskan rentak jaringan atau terhenti setakat itu sahaja.  - KitaReporters


Kredit foto-foto: FB Football Association of Malaysia

11
12
0
15
0
You will be interested