Seni & Sukan 06 Dec, 2022

Video| Piala Dunia 2022: Brazil berpesta gol mara ke suku akhir! Mudah tundukkan Korea Selatan, 4-1!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


PASUKAN pilihan, Brazil menepati ramalan meneruskan perjuangan ke suku akhir selepas membelasah Korea Selatan 4-1 dalam pusingan 16 pasukan terakhir Piala Dunia 2022 di Stadium 974 pada 6 Disember 2022.

Hasrat wakil Asia untuk melakukan sekali lagi kejutan tidak kesampaian apabila mereka seperti sukar untuk mengimbangi permainan dan menyekat setiap serangan dari Brazil. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala Dunia



Separuh masa pertama saja, Korea Selatan sudah dibolosi empat gol dan memberi kelebihan buat skuad Samba mendahului dengan begitu selesa. 

Seawal minit ke-7 Brazil sudah di hadapan apabila pemain muda mereka, Vinicius Junior. Selang beberapa minit, Neymar mengukuhkan kedudukan 2-0 selepas tiada masalah sempurnakan sepakan penalti. 

Brazil terus mendapat rentak serangan mereka dan setiap gerakan hadir ia memberi kegusaran kepada penonton Korea Selatan. 

Richarlison memastikan penonton di stadium terus bersorak gembira apabila meledak jaringan ketiga pada minit ke-29 sebelum Lucas Paqueta menjaringkan gol keempat buat Brazil. 



Separuh masa kedua, Brazil tidak agresif dan memperlahan sedikit rentak permainan. Korea Selatan pula cuba memberi saingan dan menukar beberapa pemain untuk memberi tekanan kepada pihak lawan.

Usaha wakil Asia ini akhirnya mendatangkan hasil selepas rembatan dari luar kotak daripada Paik Seung-ho memasuki gawanggol pada minit ke-76. 

Namun jaringan tersebut sudah terlewat untuk megejar Brazil dan menyekat kemaraan mereka ke pusingan seterusnya. 

Brazil akan turun pada 9 Disember 2022 menentang Croatia untuk menentukan siapa lebih layak ke separuh akhir. - KitaReporters


12
4
0
9
0
You will be interested