Seni & Sukan 08 Feb, 2023

Video| Tahniah Shila Amzah, Ubai! Mengaku kini di alam asmara! Skuter jadi pencetus! Keluarga restu!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

GENAP setahun bercerai pada tahun 2022, penyanyi popular, Shila Amzah (Nur Shahila Amir Amzah),33, mengakui sedang menjalin percintaan dengan seorang pempengaruh (influencer) media sosial dikenali sebagai Ubai atau nama lengkap Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli,25. 

Shila mengakui sudah berkawan dengan Ubai yang popular dalam TikTok itu sejak Februari 2022 iaitu setelah bercerai.




“Saya sudah lama selesa berkawan dengan Ubai hingga satu hari ada sesuatu yang terjadi menyebabkan saya ‘eh’ (timbul perasaan sukar digambarkan).

“Cinta bermula dengan sebuah skuter. Sebenarnya perkenalan sudah lama tetapi kejadian tersebut yang menggerakkan hati saya,” katanya tanpa memperinci kisah tersebut dalam siaran langsung TikTok pada Isnin 6 Februari 2023.

Menurut Shila hubungan mereka sudah mendapat restu ibu bapa serta kenalan dekatnya. Dia mengharapkan netizen tidak membuat sebarang spekulasi tentang hubungan mereka.

Dan dia berharap hubungan cinta mereka akan melalui fasa seterusnya kerana dia mengharapkan yang terbaik dalam kehidupannya.



Dalam sesi siaran langsung bersama itu, Ubai  mendedahkan, hubungan mereka terjalin sewaktu Shila penyanyi dalam proses meneruskan kehidupan selepas bercerai.

“Saya kenal Shila dari zaman ‘Beribu Sesalan’ dan secara ringkasnya saya mendekatinya semasa dia berada dalam fasa sangat genting.

“Dia baru lepas bercerai dan dia tiada sesiapa pada ketika itu sebagai kawan. Saya mendekatinya serta berada di sisi ketika dia sedih bagi menenangkan keadaannya,” ujar Ubai.



Terdahulu timbul pelbagai spekulasi mengenai perhubungan Shila dan Ubai yang dilihat sangat akrab dalam sosial media sebagai seorang rakan baik.

Bahkan Shila tertangkap ‘kantoi’ menyapa Ubai dengan panggilan ‘yang’ bermaksud ‘sayang’ semasa satu sesi siaran langsung TikTok bersama.



Menerusi sesi siaran langsung dalam akaun TikTok itu, Ubai mengakui, mula menyukai Shila sejak berusia 13 tahun iaitu pada 2011 sebagai peminat. Dan ‘follow’ Shila dalam Twitter. 

Namun, katanya, dia mula mendekati Shila ketika penyanyi itu berada dalam fasa kecewa akibat kegagalan rumah tangga.

"Masa itu, Shila baru bercerai dan tiada siapa-siapa. Waktu itu, Shila menangis dalam live TikTok.

"Saya rasa 'budak ni sakit', jadi saya mendekatinya. Saya sentiasa ada untuknya ketika susah dan sedih. Begitu juga saya sering menenangkan Shila," kata Ubai.



Mengenai perbezaan jarak umur, Shila berkata, ia bukan suatu faktor penting kerana pernah menjalinkan hubungan dengan lelaki lebih berusia, namun tidak berpanjangan.

Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018. Namun ikatan perkahwinan tidak berpanjangan apabila bercerai pada Februari 2022.

Hasil perkahwinan, Shila dikurniakan anak lelaki, Seth Uwais yang kini berusia dua tahun. - KitaReporters

20
11
0
12
0
You will be interested