Seni & Sukan 22 Nov, 2025

Video| Dia kembali bergoyang! Juliana Banos ubat rindu peminat! Muncul dalam GenKRU The Finale!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Bagi peminat seni Gen-Z dan Gen Alpa, mungkin kurang mengenali insan seni bernama Juliana Banos atau Juliana Azman Banos, 46, kacukan Melayu, Perancis dan Sepanyol ini. 

Dia popular pada 1997–2006 sebagai pelakon dan penyanyi. Dia sering beraksi lincah baik dalam filem atau persembahan nyanyian.



Dalam bidang lakonan, Juliana Banos terbabit dalam terbabit dalam enam filem  bermula dengan ‘Gerak Khas The Movie II’ (2002), ‘MX3’ (2003), ‘Gila-Gila Pengantin (2003), ‘ Gila-Gila Pengantin Remaja’ (2004), ‘Sembilu’ (2005) dan ‘Pontianak Menjerit’ (2005). 

Sementara dalam bidang nyanyian, Juliana menjadi artis rakaman KRU Music dan merakam tiga album iaitu ‘Mana Satu’ (1999), ‘Jun’ (2001) dan ‘Mutiara Jun’ (2006). Antara lagu popularnya ialah ‘Cinta Gila’,  ‘Mana Satu’ dan 'Takut'.


Wajah Juliana Banos dahulu dan terkini

Namun Juliana hilang daripada radar seni tanah air setelah berkahwin dengan Datuk Mokhtar Ahmad pada 2005 dan memperoleh tiga anak dan mendapat gelaran Datin.

Juliana Banos pernah menggemparkan dunia hiburan tempatan apabila menerima hantaran perkahwinan bernilai RM77,888.77. 

Ia merupakan hantaran termahal di Malaysia ketika itu dan menjadi sebutan peminat pada waktu itu. Pekahwinan mereka berlangsung pada 16 Disember 2005.



Juliana Banos dan Mokhtar ketika disandingkan

Namun setelah 19 tahun menghilang dan menumpu perhatian kepada keluarga dan perniagaan, Juliana Banos akan muncul semula dalam bidang nyanyian.

Anggota tertua KRU, Datuk Norman Abdul Halim, KRU sudah cuba mendapatkan Juliana Banos untuk konsert di Singapura, tetapi ada beberapa perkara yang menghalang.  


Melihat gambar terbaharu Juliana (dua dari kanan) bersama anggota KRU, wajah dan sosok tubuhnya tidak banyak berubah walaupun sudah berusia 46 tahun. 


Dan KRU cuba memujuk lagi Juliana Banos untuk Konsert GenKRU The Finale: One More Time di Stadium Hoki Bukit Jalil, pada 22 November 2025 dan dia terus memberi persetujuan kerana bagi mengubat kerinduan para peminatnya.

Tambah Norman, konsert itu akan memberi kenangan bermakna kepada Juliana Banos dan membuktikan kepada anak-anak bahawa dia pernah menjadi penghibur.

Selain Elite dan Julian Banos, KRU turut memperkenal tiga lagi penyanyi yang pernah dibimbing  mereka sebagai artis rakaman di bawah KRU Music. Namun senarai nama masih dirahsiakan.



KRU Music sejak 1998 mempunyai sebanyak 28 penyanyi solo dan berkumpulan bernaung di bawah syarikat itu. Sebahagian masih kekal, namun sebahagian besar sudah meninggalkan syarikat rakaman itu.

Sesuai dengan nama GenKRU Finale, ia mungkin menjadi konsert terakhir buat tiga beradik ini iaitu Datuk Norman, 53; Datuk Yusry, 52; dan Edry Abdul Halim, 49, kerana faktor usia, 

Namun mereka tetap menguruskan perniagaan yang mereka berkecimpung dalam pelbagai bidang hiburan.

Norman adalah Presiden dan pengerusi KRU Studios. Yusry adalah Naib presiden KRU Studios sementara Edry adalah Naib presiden kanan KRU Studios. - KitaReporters

9
14
0
11
0
You will be interested