Seni & Sukan 14 Jan, 2021

Tak bayar upah cacah tatu! Pemuda Vietnam dibalut plastik, diikat pada pokok dalam suhu sejuk!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

MUNGKIN ada yang beranggapan ia adalah ‘prank’ (gurauan). Tetapi percayalah ia benar-benar berlaku apabila seorang pemuda separuh bogel telah dibalut plastik, diikat pada pokok dan dibaringkan di atas jalan raya dengan nota di dada. Ini semua kerana dia enggan bayar upah cacah tatu. : KitaReporters


Tukang tatu sedang membalut plastik terhadap seorang pelanggan yang enggan membayar upah tatu. - Kredit foto-foto: Odditycentral.com


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan tatu:

https://kitareporters.com/search?search=tatu


Menurut laporan daripada portal Odditycentral.com, kejadian berlaku di Vietnam pada minggu kedua Januari 2021 dan ia menjadi tular setelah gambar-gambar lelaki berkenaan dikongsi dalam media sosial.

Untuk pengetahuan anda, Vietnam kini berada dalam musim sejuk apabila mencatat suhu serendah, 10 darjah Celsius. Bayangkan bagaimana lelaki berkenaan dalam keadaan separuh bogel dibiarkan berada di luar.


Nota yang dilekatkan di dada lelaki berkenaan berbunyi 'aku tak bayar upah tatu'.


Namun, itulah pengajaran selayaknya untuk dia yang enggan membayar upah mencacah catu! Kalau tiada duit, kenapa nak cacah tatu di kedai tatu. Tak pasal-pasal kena balut dengan plastic dan diikat di pokok. 

Berdasarkan gambar-gambar yang tersebar, jelas kelihatan keadaan lelaki berkenaan. 

Malah, di dadanya dilekatkan nota berbunyi ‘aku tak bayar upah tatu’ supaya dijadikan pengajaran kepada orang ramai yang melalui kawasan tersebut.


Dalam suhu yang rendah, lelaki ini diikat di pokok sebagai hukuman.


Pada mulanya, ramai yang beranggapan ia hanyalah gurauan atau ‘prank’ yang dibuat oleh tukang kedai kepada rakannya.

Namun, muncul seorang lelaki dipercayai pemilik kedai tatu dan mendakwa bertanggungjawab melakukan perkara tersebut. Jelasnya lagi, lelaki berkenaan datang ke studionya dan meminta untuk dicacah tatu.

Tetapi ketika tiba masa untuk membayarnya, lelaki berkenaan hanya membayar separuh sahaja dan terus melarikan diri. Terasa tertipu, tukang tatu tersebut mencari lelaki itu dan berjaya menangkapnya.


Selain diikat di pokok, lelaki itu juga dibaringkan di atas jalan raya.


Bagi memberi pengajaran, dia pun buat seperti dilihat di dalam gambar-gambar yang tersebar dan tular. Tidak pasti berapa lama lelaki berkenaan diikat dalam suhu yang sejuk. 

Sungguhpun begitu, tukang tatu yang juga pemilik kedai tersebut akhirnya memaafkan lelaki berkenaan dan melupakan baki upah yang masih belum dibayar.

Jadi, pengajarannya sini janganlah kita suka menipu dan tidak membayar perkhidmatan yang telah dilakukan oleh orang lain. Tiada apa yang percuma di dunia ini. - KitaReporters

0
0
0
0
0
You will be interested