MURAHNYA harga telur sekitar pulau Jawa kebelakangan ini menyebabkan orang ramai bersyukur kerana dapat membelinya dengan harga yang cukup rendah sekarang. Namun ia menjadi mimpi ngeri bagi para peternak ayam telur.
Menurunnya harga telur secara drastik menyebabkan ramai penternak ayam telur mengeluh. Ini kerana harga jualan kepada pemborong turun begitu ketara sedangkan harga makanan utama ayam telur ayam telur naik 50 peratus.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan telur
Di Indonesia jualan telur lebih menggunakan secara timbang. Walaupun ada dijual secara biji (paket) di pasar raya atau pasar mini, namun penjualan secara timbang adalah yang paling popular.
Salah satu kawasan penternakan ayam telur di pulau Jawa ialah di daerah Lamongan, Jawa Tengah.
Sebahagian penternak menjual ladang mereka kepada pihak yang berminat. Namun tidak ramai yang sanggup membeli ladang kerana berisiko tinggi untuk rugi.
Sebahagian penternak bertindak membuat amal ketika mereka menanggung kerugian tersebut. Mereka memberikan telur-telur secara percuma, asalkan mengambil sendiri di ladang.
Pada 25 Januari 2021 lalu, berlaku satu kejadian tular yang mana seorang penternak telur ayam bertindak membuang telur-telur ayam ke sawah kerana harga telur ayam yang amat rendah. - Kredit foto: Times Indonesia
Menurut Ainun, salah seorang penternak ayam telur di Lamongan mengatakan, harga jual telur kebelakangan ini turut drastik.
"Dari harga sekitar Rp20,000 (kira-kira RM6) sekilogram, kini turun kepada Rp14,000 (kira-kira RM4.20). Terus turun (harga telur). Sebelum ini harga masih Rp17,000 (RM5.10) tetapi kini sudah Rp14,000 (kira-kira RM4.20) sekilogram.
"Kalau begini ya rugi, tidak sebanding dengan kos makanan dan pengurusan ladang," kata Ainun kepada Kompas.com dalam laporan Isnin, 6 September 2021.
Seorang lagi penternak ayam telur bernama Hardi juga memilih membahagi-bahagikan telurnya secara percuma kepada orang ramai. Dia mempersilakan orang ramai mengambil telur-telur itu sendiri di kandang.
Hardi dan isterinya menyedari ramai penduduk yang terkesan ekonominya akibat pandemik Covid-19. Lalu Hardi dan isterinya daripada terpaksa membuang telur, menjemput para pemulung (pemungut sampah), petugas kebersihan sehingga tukang beca yang menunggu penumpang di tepi jalan.
Menurut Hardi ketika harga borong telur terus menurun, harga jagung iaitu makanan utama ayam telur pula naik dari Rp4,000 (RM1.20) kepada Rp6,000 (RM1.80) sekilogram.
Baik Hardi mahupun penternak-penternak ayam telur lain di Lamongan berharap, kerajaan memerhatikan kesukaran hidup para penternak ayam telur dan tidak mahu ada pihak memanipulasi harga telur ayam. - KitaReporters