Seni & Sukan 21 Jun, 2022

Heboh jangan tak heboh! Kopetro gamatkan Karnival Jom Heboh 2022! Di Anjung Floria, Putrajaya!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


KOPERASI Kakitangan Petronas Berhad (KOPETRO) tidak melepaskan peluang untuk menyertai Karnival Jom Heboh yang kembali menggegarkan orang ramai dengan siri pertama karnival tersebut selepas dua tahun tidak diadakan. 

Bakal berlangsung pada 25 dan 26 Jun 2022 ini di Anjung Floria, Putrajaya, KOPETRO menjanjikan pelbagai tawaran hebat di samping aktiviti menarik buat pengunjung yang hadir ke booth KOPETRO di Karnival Jom Heboh 2022 itu

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah, KOPETRO menganggap ini sebagai salah satu platform terbaik untuk mempromosikan produk-produk keluaran KOPETRO khususnya makanan sejuk beku jenama LengQuas.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan koperasi KOPETRO


“KOPETRO secara amnya akan terus menyokong usaha untuk meningkatkan ekonomi negara. Justeru, kami akan sentiasa mengambil peluang untuk melibatkan diri dalam pelbagai acara terutama yang melibatkan penjualan produk tempatan seperti di Karnival Jom Heboh, sekali gus dapat memperkenalkan produk keluaran KOPETRO kepada orang ramai,” kata Ahmad Shakir dalam satu kenyataan media pada 20 Jun 2022.

Beliau juga menambah, kesemua produk keluaran KOPETRO akan dijual dengan harga promosi, jadi inilah masa yang sesuai buat semua pengunjung untuk menyokong barangan tempatan khususnya produk yang dikeluarkan oleh KOPETRO.

Istimewa di Karnival Jom Heboh, KOPETRO menawarkan pakej mengerjakan ibadah korban di Mekah sempena sambutan Hari Raya AIdiladha yang bakal disambut tidak lama lagi. 

Ditawarkan melalui anak syarikat KOPETRO iaitu KOPETRO Travel, pelanggan boleh mendaftar untuk melaksanakan ibadah korban dan mengagihkan dagingnya kepada golongan yang memerlukan di Mekah dengan harga serendah RM420 untuk seekor kambing, dan akan menerima sijil penyertaan, cenderahati serta video penyembelihan secara percuma.



Selain itu, pengunjung turut boleh mendapatkan tawaran pakej pelancongan ke destinasi antarabangsa seperti ke Balkan, Turki dan Istanbul pada harga serendah RM3,588. Buat mereka yang ingin bercuti di dalam negara, KOPETRO Travel turut menawarkan pakej percutian perjalanan sehari ke kawasan pelancongan terkemuka di Malaysia seperti di Cameron Highlands, Melaka dan Pulau Pinang dengan harga bermula RM70. 

Menurut kenyataan media itu lagi, selain pakej pelancongan, KOPETRO turut akan mempromosikan produk makanan sejuk beku jenama LengQuas. Terdapat pelbagai variasi menu yang boleh dipilih mengikut citarasa pengunjung, antaranya adalah Daging Masak Hitam, Daging Dendeng, Ayam Percik dan Paru Goreng Berlada yang akan dijual pada harga tawaran istimewa.

Layari laman web www.kopetro.com.my atau ikuti akaun media sosial berikut untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KOPETRO. - KitaReporters


11
12
0
17
0
You will be interested