Seni & Sukan 01 Jun, 2020

Akaun FB itu bukan akaun sah! Itu bukan saya - Syura Badron

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
"Hai sampai bila Syura nak jadi janda ni, Bila laki nak meminang saya."  Begitulah kandungan entri dalam laman Facebook penyanyi dan pelakon, Syura Badron yang bertarikh 17 Mei 2020. : KitaReporters


Sebenarnya akaun Facebook itu adalah akaun palsu yang dilakukan oleh seseorang untuk menjejaskan maruahnya. Facebook palsu itu meletakkan fotonya pada muka depan menjadikan ia seolah-olah Facebook sebenar Syura.



Syura kesal dengan tindakan pihak yang cuba merosakkan nama baiknya dan menjatuhkan nama baiknya seolah-olah dia terlalu ingin untuk bersuami lagi.
Syura meminta si penyamar itu segera memadamkan akaun Facebook itu kerana jika tidak, dia tidak teragak-agak membuat laporan polis.


Untuk mengelak netizen keliru dengan Facebook palsu itu, Syura terpaksa mengeluarkan kenyataan dalam Facebok aslinya.

Dalam Facebook aslinya Syura pada 22 Mei 2020 menulis seperti berikut:  "Guys.. tolong report akaun ni.. this is definitely not mine .. sakit ati kita wak tengok caption dia ! 😤"


Anak kelahiran Johor dengan nama lengkapnya Zuraidah Badron, 33, adalah salah seorang penyanyi pop tradisional yang popular.

Mula menyanyi secara aktif pada tahun 2000, dia merupakan artis rakaman kedua FMC (Faithful Musical Company) selepas Siti Nordiana.

Pernah menjadi salah seorang peserta mewakili Malaysia dalam Akademi Dangdut Asian musim kedua terbitan stesen tv Indosiar, Indonesia dalam tahun 2016.

Selain menyanyi, Syura turut berminat dalam bidang masakan. 

Dia menjuarai pertandingan ‘Master Chef Selebriti Malaysia’ musim kedua pada tahun 2017. - KitaReporters

0
0
0
0
1
You will be interested