Seni & Sukan 06 Jun, 2020

Farid Kamil dipenjara! Rosyam pening kepala! Drama gendala!!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
DATUK Rosyam Nor selaku penerbit Suhan Movies & Trading kini pening kepala dan dalam dilema untuk menyiapkan dramanya yang terbelengkalai walaupun sektor penerbitan kreatif (drama dan filem) telah diberi kebenaran untuk kembali memulakan penggambaran mulai 10 Jun 2020. Ini kerana pelakon utama dramanya telah dihukum 13 bulan penjara pada Selasa, 2 Jun 2020 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya. : KitaReporters

Farid Kamil (kiri) dan Rosyam Nor


Drama yang belum diberi judul itu melibatkan Datuk Farid Kamil Zahari sebagai pelakon utama dan penggambaran sudah diselesaikan sekitar 50 peratus.

Farid Kamil, 39, telah dihukum 13 bulan penjara pada Selasa, 2 Jun 2020 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya kerana menggunakan kekerasan jenayah dan mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap seorang anggota polis dengan niat menghalangnya melakukan tugas, dua tahun lalu.
Mengikut fakta kes, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 13 bulan bagi kesalahan menggunakan kekerasan jenayah dan penjara empat bulan bagi bagi pertuduhan mengeluarkan perkataan tidak sopan. 

Hukuman dijalankan serentak.

Farid Kamil dijatuhi hukuman penjara 13 bulan.


Menurut Rosyam, Farid Kamil sedang meminta kelonggaran mahkamah untuk menyelesaikan penggambaran sebelum menjalani hukuman.

Rosyam berharap Farid Kamil mendapat kelonggaran mahkamah untuk meneruskan penggambaran, manakala Farid Kamil pula berjanji untuk memberi komitmen penuh jika mendapat kelonggaran pihak mahkamah.

Rosyam menjelaskan dia tidak bercadang untuk mencari pelakon lain kerana penggambaran sudah setengah jalan dan ia boleh mengakibatkan kerugian syarikat.

Tambahan lagi, katanya, watak yang diberi sesuai dibawa oleh Farid kerana berpasangan dengan Lisa Surihani

Gandingan kedua-dua pelakon ini sesuai seperti gandingan mereka dalam filem ‘Lagenda Budak Setan’ kira-kira 10 tahun lalu.

Di samping itu, Rosyam juga berbincang dengan pihak Astro mengenai masalah berkenaan bagi mencari jalan keluar yang terbaik.   

Rosyam pening memikirkan nasib dramanya yang baru 50 peratus selesai. Kredit foto: Iamrosyam


Sementara itu, menurut Rosyam, dia tidak pasti bila penggambaran drama berkenaan dapat disambung kerana masih menanti butiran terperinci prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan. 

Selain itu, tambahnya, syarikat perlu memikirkan strategi mengendalikan kerja penggambaran dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Saya sudah berbincang dengan tenaga produksi dan teknikal mengenai kemungkinan yang bakal dihadapi sebaik penggambaran bermula," ujarny 

Dalam pada itu, dia faham bahawa ketika penularan Covid-19, kebanyakan pemilik premis keberatan menyewakan aset mereka. 

Jadi, katanya pihak penerbitan terpaksa memikirkan alternatif untuk menjalani penggambaran di luar dan menggunakan kreativiti yang ada.

Namun Rosyam lega memandangkan kru dan pelakon tidak perlu menjalani ujian swab Covid-19, namun pihaknya tetap menitikberatkan SOP sepanjang penggambaran. - KitaReporters

4
2
3
0
0
You will be interested