Seni & Sukan 01 Jun, 2020

Tukar kerjaya ke? Azza Elite jadi ejen 'sugar mummy' pulak?

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

TAK pasal-pasal nama penyanyi dan pelakon, Azza Elite atau nama penuhnya Nor Azzarima Zawari dijadikan sebagai ejen ‘sugar mummy’ oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Azza, menerusi Instagramnya mendedahkan taktik jahat dan licik individu terbabit yang menggunakan namanya dalam aplikasi MiChat.


Menurut Azza, bukan sahaja dirinya, malah artis lain turut menjadi mangsa seperti Salina Saibi. Individu terbabit hanya menggunakan nama Azza tetapi gambar orang lain.

“Nak kena libas ke!? Saya bagi tempoh 24 jam! 

Pada orang yang suka menyamar jadi orang lain ni, kau takde kerja ke? 

"Nama saya, muka adik @_salinasaibi_ @aerinsaibi. Suka hati ambil gambar pelanggan tudung Bidadari dan dicampur aduk dengan gambar tak senonoh! Berani kau ek.. geram kekza ni,” tulisnya.

Azza berkongsi gambar tangkap layar akaun MiChat yang menggunakan namanya untuk tujuan tidak baik.


Sementara itu, Azza memberi amaran kepada individu yang tidak bertanggungjawab itu agar memadam gambarnya dalam tempoh sehari sebelum dia membuat laporan polis.

“Ni kakak nak bagi tahu!! MiChat ni apa? 

"Pada yang buat akaun ni, lebih baik berjaga-jaga! Polis kita hebat! Ingat sikit ya.

“Kasihan manusia ni. Takde kerja lain! Awas kau turunkan atau padam gambar ini dalam tempoh 24 jam,” tegasnya.

Sementara itu, netizen menganggap ia satu penghinaan dan berharap Azza bersikap tegas dan melaporkannya kepada pihak berkuasa.

“Hahaha... sugar mummy rupa-rupanya. Ini dah penghinaan besar ni. Kalau tak delete, report polis segera dik. Memalukan,” tulis salah seorang netizen.


Aplikasi MiChat dan WeChat sering dijadikan sebagai laman untuk melakukan jenayah dan masalah sosial.

Sebenarnya sesiapa sahaja boleh mengambil salinan gambar yang diletakkan secara terbuka di Internet untuk kepentingan masing-masing. 

Ini kerana apabila kita telah meletakkan atau memaparkan gambar kita di Internet, ia akan menjadi tontonan dan hak umum.

Jadi, sebagai langkah selamat, anda tidak digalakkan untuk memaparkan gambar-gambar peribadi secara terbuka di Internet. 

Gunakan kemudahan “privasi” yang disediakan untuk memastikan hanya rakan-rakan yang boleh dipercayai boleh melihatnya. - KitaReporters

3
0
3
3
1
You will be interested