DALAM keadaan seseorang yang positif Covid-19, mereka perlu duduk di rumah dan tidak boleh keluar dari rumah untuk mengelakkan rantaian wabak ini berjangkit kepada orang lain dan dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk kuarantin kendiri di rumah selama 2 minggu di rumah sehingga betul-betul sembuh.
Ramai antara kita juga tahu bahawa jika dijangkiti wabak ini anda perlu prihatin dan bukannya mementingkan diri sendiri dengan sesuka hati keluar dari rumah tanpa rasa bersalah.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kuarantin
Apa yang mengejutkan buat orang ramai dalam media sosial, seorang wanita dengan selambanya berkongsikan video yang bersahaja keluar bersiar-siar sewaktu sedang menjalani tempoh kuarantin di rumah.
Jika dilihat dari video tersebut, wanita ini juga memberi galakan kepada pesakit Covid-19 lain agar jangan berkurung sahaja di rumah dan perlu hirup oksigen yang free daripada Allah di luar rumah juga.
Bukan itu sahaja, dia turut memberitahu kepada orang di luar sana agar tidak perlu takut selagi mereka tidak duduk rapat dengan golongan yang positif juga.
Pesakit covid jgn berkurung je… U olls need oksigen free from Allah.. jiran2 jgn pulak takot… Selagi tak menghampiri jiran2 bagi aku takde masalah.. Sehari 15 minit pun ok dah.."
Sebelum ini, wanita ini dikatakan telah memuat naik videonya sedang berjalan mengambil angin dalam TikTok, namun sudah dipadam daripada akaunnya.
Seorang pengguna media sosial, Fatin memberi info kejadian ini mungkin berlaku di Saujana Aman dan tidak jauh dari Puncak Alam dan Saujana Utama. Kejadian ini telah dilaporkan kepada pihak polis dan sedang disiasat.
Rata-rata netizen berasa sangat geram dan marah dengan tindakan wanita ini yang tidak masuk akal, dan lebih mementingkan diri sendiri. - KitaReporters