Seni & Sukan 25 Sep, 2021

Video| UUM sedia terima pelajar mulai 15 Okt 2021! Atas semangat Keluarga Besar - UUM Prihatin!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah (tengah) mengadakan lawatan sekitar kampus dengan diiringi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Madya Dr Hendrik Lamsali (kiri) dan Pengetua Inapan Siswa MAS/TNB Dr Rohani Abdullah.


Prof Dr Haim Hilman melihat laluan ke pusat penginapan yang akan digunakan oleh pelajar nanti.


Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) bersedia menerima kemasukan pelajarnya secara berperingkat-peringkat mulai 15 Oktober 2021 ini melalui penyelarasan dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, dalam tinjauan yang dijalankan atas semangat Keluarga Besar Universiti - UUM Prihatin telah membolehkan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Student Accomodation Centre (SAC), Jabatan Penyelenggaraan & Pembangunan (JPP), Jabatan Keselamatan, Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Inapan Siswa (INASIS), UUMIT, pengendali kafeteria dan pengusaha Varsity Mall membuat persiapan terakhir secara bersepadu bagi menyambut kepulangan pelajar-pelajar berkenaan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UUM

Pengusaha Kafeteria juga telah bersedia untuk menjalankan perniagaan mereka.



Katanya kesemua pelajar yang akan masuk ke universiti juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan seperti memastikan telah lengkap divaksinasi dan melepasi tempoh keberkesanan.

“Pelajar kita yang lengkap divaksinasi dialu-alukan untuk pulang ke kampus secara fizikal bagi meneruskan pengajaran dan pembelajaran (PdP) mereka, manakala pelajar yang masih belum lengkap dinasihatkan supaya segera melengkapkan pengambilan vaksin melalui kemudahan walk-in yang disediakan oleh Pusat Pemberian Vaksin (PPV),” ujar beliau ketika ditemui semasa meninjau di Inapan Siswa dan Varsity Mall.

Program turun padang ini akan menjadi inisiatif berterusan yang dilakukan setiap semester dalam usaha universiti memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelajar.


Prof Dr Haim Hilman (kiri)  diiringi Prof Madya Dr Hendrik Lamsali (kanan) melihat ruang kafeteria di kampus itu.


Bagi menjayakan inisiatif di bawah usaha Keluarga Besar UUM ini, komitmen semua pihak termasuk pengusaha kafeteria dan Varsity Mall yang menyediakan perkhidmatan urusan bank, jualan makanan, minuman, penjualan barangan keperluan harian dan keperluan pembelajaran seperti kedai perkhidmatan mencetak dan penjualan barangan perkakasan komputer perlu memastikan perkhidmatan yang diberikan berada pada tahap terbaik.

Menurutnya beliau, pihak universiti akan memastikan perkhidmatan terbaik ini termasuk memastikan staf akademik dan bukan akademik turut telah lengkap divaksinasi apabila hadir ke kampus untuk bertugas.


Wakil Pengurusan Varsity Mall (kanan) turut mengiringi Prof Dr Haim Hilman ketika sesi tinjauan beliau.


"Saya menyeru kepada semua staf agar memberikan perkhidmatan terbaik khususnya kepada pelajar. Santuni mereka sebaik mungkin. Marilah bersama-sama kita membina hubungan antara staf dan pelajar atas dasar kasih sayang.

"Saya juga gembira apabila lawatan ini turut disertai ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang bersama-sama mengenal pasti permasalahan yang dihadapi pelajar khususnya di INASIS," katanya ketika melawat persediaan pengoperasian UUM bagi Sesi Akademik 2021/2022 dan Program Kampusku Lestari II ke INASIS Laluan A/B/C.


Pasar raya V'Mart di dalam Varsity Mall UUM turut menambah barangan bagi memudahkan urusan pelajar untuk mendapatkan barangan keperluan nanti.


Pada lawatan tersebut, Prof. Dr. Haim Hilman telah meninjau INASIS di laluan A, B dan C, khususnya di MAS, TNB, Proton, Petronas, Sime Darby dan YAB termasuk Varsity Mall bagi melihat sendiri keperluan yang perlu diberikan perhatian segera.

Menurutnya, beliau juga ingin memastikan Varsity Mall dapat menyediakan barang keperluan pelajar secukupnya dan berharap ibu bapa tidak bimbang dengan keadaan di kampus kerana anak-anak mereka boleh membeli barang keperluan di Varsity Mall.

"Saya berharap apabila pelajar mula kembali ke kampus dan memulakan kuliah, mereka dapat mematuhi SOP ditetapkan dan bersama-sama menjaga kesihatan serta keselamatan diri dan juga rakan-rakan.

"Saya percaya jika kita mengambil berat dan mengambil tahu serta prihatin, sudah pasti UUM akan bebas daripada Covid-19 dan keadaan itu akan membolehkan pelajar terus fokus kepada pelajaran, seterusnya menjalani aktiviti harian seperti biasa," katanya yang turut berharap semua pihak sama ada ahli akademik, staf pentadbiran dan sokongan serta pelajar perlu bersatu hati dalam merealiasasikan impian bersama iaitu membebaskan UUM daripada jangkitan Covid-19.


Kemudahan untuk kegunaan pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) di Inapan Siswa turut diberi perhatian.


Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Hendrik Lamsali; Ketua-ketua Pusat Tanggungjawab antaranya Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan, Pusat Penginapan Pelajar dan UUMIT serta Pengetua-pengetua Inapan Siswa. - KitaReporters


Langsir yang disediakan dibilik pelajar juga dipastikan bersih untuk kegunaan mereka nanti.

11
12
0
13
1
You will be interested