Seni & Sukan 11 Feb, 2022

Selamat Terengganu Hijab Day 2022! 12 Feb 2022! Budaya batik sebagai gaya busana tutup aurat!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this


PROGRAM Hijab Day (Hari Hijab) 2022 yang membawa konsep batik dalam tema fesyen sebagai pakaian wanita dengan gaya busana menutup aurat memberi peluang golongan wanita negeri Terengganu menyaksikan lebih dekat budaya batik negeri itu.

Program tersebut bakal berlangsung secara bersemuka pada Sabtu, 12 Februari 2022 ini di Dewan Perbadanan Perpustakaan Awam, Kuala Terengganu akan menampilkan dengan gaya busana batik menutup aurat khusus untuk anak muda wanita di negeri ini.


Lai cerita-cerita menarik berkaitan hijab

ZURAIDA MD NOOR


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor berkata, ia membawa konsep batik dalam tema fesyen sebagai pakaian mereka.

“Kita ketengahkan batik masa budaya batik Terengganu dalam kalangan wanita khususnya beliawanis sebab ia ada keunikan kain tersebut yang jarang diketahui umum.

“Batik dari negeri mana, batik jenis apa, jenis canting atau terap ke dan elemen-elemen itulah saya akan tekankan pada 'Terengganu Hijab Day',” katanya.



Menurut Zuraida lagi, terdapat juga pertunjukan fesyen menampilkan pelbagai butik tempatan pada hari tersebut termasuk ‘Fashion Show’ yang bertemakan batik dan pelbagai gerai jualan.

“Katanya, pihak penganjur berhasrat untuk membawa produk batik pada program Saidatina Aisyah nanti.

“Saya akan buat satu program khas untuk kita nak macam mana dengan anak muda kerana pada hari ini nak pakai kain sarung pun bermasalah,” katanya. 

Katanya, macam mana kita nak dia inovasi, letak getah ke. Buat tapario tertarik dengan batik..



Sementara itu, beliau menyeru seluruh masyarakat Terengganu agar sama-sama menghadirkan diri pada kemuncak program, 12 Februari 2022 di Perpustakaan Negeri Terengganu. 

“Sepanjang Februari, kita ada gelombang “Street Dakwah dan Gelombang untuk kita nak menyatakan tema dan hasrat kita iaitu sempurnakan hijabmu.

“Ayuh sama-sama  kita  boleh follow kami di page Terengganu Hijab Day, Facebook dan Instagram serta doakan agar insya Allah pakat doa program berjalan dengan lancar," ujar Zuraida. - KitaReporters


Terengganu Hijab Day bakal berlangsung di Terengganu pada Sabtu 12 Februari 2022

 

12
16
1
14
0
You will be interested