Seni & Sukan 27 Jan, 2022

Video| DSV menangis, mohon maaf! Sangat minati Anuar Zain! Ingin bersemuka, nak bincang projek!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

DSV memohon maaf secara terbuka melalui akaun Instagramnya

USAHAWAN kosmetik sensasi, Datuk Sri Vida (DSV), 50, memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia, khususnya Anuar Zain, keluarga dan para peminatnya.

Menurutnya dia mengeluarkan perkataan yang tidak wajar tanpa sedar dan sudah lupa akan video itu yang dirakam beberapa waktu dahulu dan tiba-tiba tular apabila dimuat naik semula oleh sejumlah netizen.

Lagi cerita-cerita menarik Anuar Zain



DSV atau nama lengkapnya Hasmiza Othman, memohon maaf atas kekhilafannya melalui kenyataan dalam Instagramnya pada Selasa, 26 Januari 2022.

Tambahnya, dia sebenar amat meminati penyanyi Anuar Zain dan tidak berniat untuk mencemar nama baik penyanyi terkenal ini.

DSV mengalirkan air mata ketika memohon maaf. 

Justeru, dia berharap dapat bersemuka dengan Anuar dalam masa terdekat. Katanya, dia mempunyai projek untuk Anuar.



DSV menjadi bualan hangat beberapa hari ini setelah ada netizen menyiarkan satu klip video secara ‘live’ yang mengandungi kata-kata yang boleh menjejaskan maruah penyanyi itu dengan mengatakan Anuar mengamalkan hidup songsang atau ‘gay’.

Dalam video itu yang berkaitan mengenai mencari jodoh, ketika seorang netizen mencadangkan nama Anuar Zain sebagai suami baharunya.

DSV membalas dengan suara yang dipadam, namun mulutnya seperti menyebut perkataan 'gay’.



Setelah video itu disiar luas oleh beberapa netizen ia menimbulkan kemarahan peminat-peminat Anuar Zain dan ada yang meminta Anuar mengemuka saman malu.

Malahan kakaknya, penyanyi Ziana Zain turut membelasah DSV yang mengeluarkan kata tidak sopan terhadap adiknya dalam TikToknya. Menurut Ziana, Anuar mempunya aura tersendiri sebagai penyanyi.


Ziana Zain tersinggung dengan perkataan DSV yang dianggap sebagai biadab


Dalam kalangan peminat seni hiburan, sering tertanya-tanya kenapa penyanyi lagu ‘Lelaki’ ini belum berumah tangga walaupun meningkat usia.

Anuar Zain yang bakal berusia 52 pada 15 Februari ini mula dikenali sebagai penyanyi kanak-kanak dengan berduet dengan Ellina dengan menghasilkan beberapa album lagu kanak-kanak. di bawah syarikat EMI. Antara lagu popular mereka ialah ‘Kain Pelikat’ dan ‘Suasana Hari Raya’ pada awal 80-an.



Anuar kemudian meninggalkan bidang nyanyian dan menjadi pramugara Penerbangan Malasia (MAS) pada hujung 1980-an dan kembali aktif sebagai penyanyi setelah berhenti menjadi pramugara. Dia kembali menjadi artis rakaman pada 1998 setelah mengikat kontrak dengan Warner Music.

Anuar kembali berjaya membentuk nama sendiri tanpa bantuan populariti kakaknya Ziana Zain. Anuar kini menjadi antara penyanyi terbaik negara dan mempunyai ciri suara tersendiri.

Wajahnya lebih tua dari usia yang sudah lebih 50 tahun, menyebabkan ramai kaum wanita yang meminatinya. - KitaReporters

20
10
0
9
0
You will be interested