Seni & Sukan 05 Nov, 2020

Sambutan meriah! Masjid Putera Jaya anjur Maulidur Rasul 2X!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

KETIKA umat Islam seluruh negara menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, Masjid Putera Jaya yang terletak di daerah Setiu, Terengganu bukan sahaja mengadakan program yang sama itu malah ia telah menyemarakkannya apabila dua kali masjid itu menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul dengan jumlah kehadirannya 983 orang. : KitaReporters


 



SEKITAR Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Putera Jaya, Setiu, Terengganu pada 2 November 2020.


Lagi cerita-cerita berkaitan sambutan Maulidur Rasul:

https://kitareporters.com/search?search=maulidur+rasul


Sambutan yang meriah daripada penduduk sekitar kawasan itu ialah 483 orang pada program peringkat pertama diadakan oleh masjid berkenaan pada 25 Oktober 2020 dengan penceramahnya oleh Mufti Negeri Terengganu, Datuk Dr. Zulkifli Muda

Manakala program yang sama peringkat kali kedua itu dilaksanakan pada hari Isnin, 2 November 2020 dihadiri 500 kariah berserta Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Permaisuri, Zulbahri Abdul Rahman yang menyampaikan ceramahnya pada majlis berkenaan.


DATUK DR. ZULKIFLI MUDA


USTAZ ZULBAHRI ABDUL RAHMAN


Dengan kehadiran orang ramai yang membanggakan khususnya para penduduk di sekitar Kampung Putera Jaya itu petanda Sambutan Hari Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W itu telah disemarakkan dari masjid terbabit yang mendapat kerjasama daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pak Kancil, MPKK Putera Jaya dan Kumpulan Yassin Muslimah Masjid Putera Jaya

Pengerusi Masjid Putera Jaya, Romeli Ismail berkata, kejayaan program itu perlu juga dikongsi bersama NGO lain dan pemimpin masyarakat setempat  yang turut memberi kerjasama sehingga kedua-dua program berkenaan berjalan dengan lancar. 

Beliau berkata,  walaupun ketika ini Covid-19 sedang melanda di beberapa daerah di Terengganu tetapi kedatangan orang ramai di  program itu yang sebelum ini diadakan setiap tahun amat memberangsangkan.


ROMELI ISMAIL



Menurutnya,kemungkinan mereka yang datang ke masjid kerana untuk meraikan hari kebesaran Nabi itu yang diadakan hanya setahun sekali dan mereka pula mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. 

``Pengurusan masjid ini merekodkan suhu badan, nama jemaah yang datang setiap masa ke masjid ini. Kita juga akan memastikan setiap kariah memakai pelitup muka bagi keselamatan diri mereka lebih terjamin semasa mereka berada di masjid itu,’’ kata Romeli ketika dihubungi pada Selasa, 3 November 2020.




``Program seumpama itu salah satu usaha memperingati umat Islam detik yang bersejarah tentang kelahiran Nabi yang kita kasihi selain dapat menghayati sirah dan sunah Baginda Rasulullah S.A.W. itu. 

``Sambutan Maulidur Rasul itu amat baik dan ia akan mendapat ganjarannya daripada Allah kerana melahirkan rasa cinta dan sayangnya Umat Islam kepada junjungan Nabi Muhammad S.A.W.," tambahnya. 

Romeli memberitahu, selain itu ia juga lebih menjuruskan umat Islam yang begitu kasih dan sayang terhadap Baginda Rasulullah melalui amalan  berpuasa serta berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. - KitaReporters


SEKITAR Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Putera Jaya, Setiu, pada 25 OKtober 2020.

1
0
0
0
0
You will be interested