Seni & Sukan 30 Jul, 2020

Jomlah melancong! Panorama indah di Air Terjun Sungai Pandan

@ainal marhaton abd ghani
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan. emel: [email protected]

Share this

DESTINASI pelancongan sudah dibuka. Kawasan rekreasi dan riadah mula dikunjungi orang ramai selepas kerajaan memberi kelonggaran menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos 2020. Bagaimanapun rakyat masih perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) berikutan wabak pandemik COVID-19 belum berakhir. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita mengenai pelancongan:

https://kitareporters.com/search?search=pelancongan


Apabila kerajaan memutuskan melaksanakan PKPP, rakyat kelihatan begitu teruja seperti banduan baru dibebaskan dari penjara. Tiga bulan terpenjara dalam rumah (dibenarkan keluar atas urusan tertentu sahaja dengan kebenaran pihak berkuasa) pasti sesuatu yang amat membosankan.

Rakyat mula mencongak ke mana destinasi harus dituju untuk melepaskan kerinduan menghirup udara nyaman di luar rumah. Justeru, pusat-pusat peranginan, destinasi pelancongan, kawasan rekreasi dan riadah mencuri tumpuan ramai. 

Nak keluar negara tak dibenarkan. Jadi melanconglah kita dalam negara sahaja buat masa ini.


Kecantikan air terjun Sungai Pandan di Kuantan, Pahang ini sentiasa menjadi tarikan para pelancong.


Pahang antara negeri yang mempunyai banyak lokasi alam semula jadi yang menarik untuk diteroka. 

Bagi penduduk Kuantan pula antara lokasi yang menjadi pilihan ialah di kawasan pantai, air terjun dan taman-taman rekreasi. 

Salah satunya ialah Air Terjun Sungai Pandan atau sinonim dengan nama Air Terjun Panching iaitu sebahagian daripada Hutan Lipur Pandan

Nak pergi ke situ kena lalu kawasan tanaman kelapa sawit dan kuari dulu ye. 

Jangan tak tahu, Air Terjun Sungai Pandan dengan ketinggian 100 meter ini antara lokasi penggambaran filem epik Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU Studios beberapa tahun lalu. 

Kredit foto: https://www.facebook.com/airterjunsungaipandan/


Bagi yang suka meninjau-ninjau selepas puas berendam dalam air, bolehlah berjalan di kawasan kaki bukitnya yang dipenuhi rimbunan buluh, rotan dan pokok spesies Diterocarpaceae berteras padu seperti belian, keruing, keranji, merbau dan cengal. 

Pokok ini mencatat ketinggian antara 60 hingga 70 meter serta menjadi habitat lotong, monyet dan ungka. 

Rizab botani seluas dua hektar dipenuhi spesis periuk kera, orkid dan rotan manakala hutan lipur seluas 50 hektar dihuni spesis tapir dan burung liar tropika. 

Menarikkan..tak perlu ke zoo untuk melihat haiwan liar.



Kredit foto-foto: https://www.facebook.com/airterjunsungaipandan/


Spesis periuk kera unik dari jenis Nepenthes Rafflesiana iaitu spesis terbesar yang mampu menakung kira-kira satu liter air di dalam 'periuk'nya boleh ditemui di sini.

Kecantikan air terjun yang di kelilingi flora dan fauna ini telah menjadi salah satu lokasi percutian yang sering dipenuhi oleh pengunjung terutamanya penduduk daerah Kuantan pada hujung minggu. 

Jom berkelah sambil berbeku dan lupakan seketika hiruk pikuk bandar dan kesibukan kerja!

Tidak sukar untuk ke lokasi ini. Pemanduan kereta dari bandar Kuantan hanya mengambil masa 30 minit sahaja. 

Jika berminat untuk melihat panorama malam yang lebih memukau,  anda disaran mengambil pakej bermalam berserta permit dan nature guide (pemandu pelancong semula jadi) yang berdaftar dengan pihak pengurusan Sg Pandan. 

Jangan lupa bawa khemah jika herhasrat untuk bermalam. 


Kawasan lapang sesuai dijadikan tapak perkhemahan. - Kredit foto: Facebook page Air Terjun Sungai Pandan


Sesekali terdengar suara unggas dan cengkerik, bagai bercerita tentang sejuknya angin malam dari jatuhan air terjun... wow romantisnya!!!

Siapa siapa yang kaki selfie tu... ini antara hotspot bergambar yang super awesome!  - Kredit foto: https://www.facebook.com/airterjunsungaipandan/


Bergambar di atas jambatan gantung. - Kredit foto: Facebook page Air Terjun Sungai Pandan


Terdapat sebuah jambatan gantung sepanjang 30 meter pada ketinggian 50 meter merentasi sungai di air terjun ini yang sesuai menjadi lokasi untuk merakam kenangan. 

Namun jika anda ingin melalui jambatan gantung ini, pastikan sentiasa berwaspada dan mengambil giliran supaya jambatan tidak dipaksa menampung jumlah berat yang ramai pada satu-satu masa.

Pelbagai kemudahan lain tersedia di sini seperti gerai makan, tandas awam, surau, bilik persalinan, tapak perkhemahan dan juga beberapa buah chalet.

Air Terjun Sungai Pandan diuruskan oleh Syarikat Sri Panching Timur Sdn Bhd. 

Pengarah Urusannya, Mohd Faiisal Romli berkata pihaknya merancang membina chalet dan penginapan yang bersesuaian dengan lokasi air terjun itu.

Bayaran RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak dikenakan kepada pengunjung, manakala tandas dan parkir kenderaan adalah percuma. 

Tunggu apa lagi.. marilah kita teroka alam semula jadi serba hijau ini.

Air Terjun Sungai Pandan sentiasa menggamit kehadiran pengunjung


Keunikan dan rimba alam semula jadi kawasan air terjun ini, sekali gus menjadi tarikan pembuat filem menjadikannya sebagai lokasi penggambaran iklan dan program televisyen antarabangsa. Jom redah Hutan Lipur Pandan sambil merehatkan minda. - KitaReporters

0
0
0
0
0
You will be interested