Seni & Sukan 24 Mar, 2020

TRENDING! LAGU 'KITA BAIK RAMAI SAYANG' ABAM

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
VIDEO muzik rasmi single  ‘Kita Baik Ramai Sayang’ ciptaan Ippo Hafiz untuk mengenang Allahyarham Abam Bocey menjadi ‘trending’ dan 'viral' dalam Youtube apabila telah disaksikan lebih 1.2 juta tontonan sejak dilancar pada Rabu, 18 Mac 2020. : KitaReporters

Klip video 'Kita Baik Orang Sayang' mencapai tontonan lebih 1.2 juta tontonan pada 23 Mac 2020. - Kredit foto: IG Fad Bocey


Lagu dan video muzik ini diterbit oleh 17Eleven Music.

Lagu dihasilkan bukan untuk tujuan komersial, sebaliknya untuk tujuan amal.

Video muzik ini turut memaparkan momen dan kenangan manis tiga sahabat Fad, Achey dan Abam sebagai kumpulan Bocey sepanjang pembabitan mereka dalam bidang seni.

Fad dan Achey  mengabadikan kenangan bersama Abam dalam kumpulan Bocey melalui single yang dilancar. - Kredit foto: IG Fad Bocey

Lagu itu disampai oleh Fad dan Achey bagi mengingat satu lagi teman baik mereka, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, yang meninggal dunia pada 10 Februari 2020.

Ippo Hafiz mendapat idea mencipta melodi dan lirik lagu itu dengan bantuan Fad, ketika berada dalam studio  beberapa hari setelah kematian Abam. 

Bagi menyiapkan lirik Ippo mendapatkan bantuan Fad Bocey.

Ippo Hafiz dapat ilham mencipta lagu beberapa hari selepas kematiam Abam. - Kredit foto: IG IppoHafiz

Single ‘Kita Baik Orang Sayang’ dihasil adalah untuk tujuan amal.  

Kutipan single ini hasil jualan secara digital akan disumbang sebahagian untuk anak Abam, Syed Uthman Hamzah Al-Juffery, 5 bulan; balunya Siti Norhidayah Mohd Ali; dan ibunya.

Sementara sebahagian lagi untuk pertubuhan Anak Yatim dan Miskin Baitu Saidi Khadijah, Gombak tempat arwah sering membuat sumbangan. - KitaReporters

4
0
2
0
0
You will be interested