Seni & Sukan 10 Jun, 2022

Jamal tiada masalah dengan anak-anak! Beli setiap seorang sebuah rumah! Layan semua dengan adil!

@khadijah ibrahim
Pernah bertugas di Kumpulan Utusan dan pernah bertugas di biro Johor. Kini masih aktif dalam dunia penulisan.

Share this


TIDAK pernah membezakan kasih sayang antara kelima-lima anaknya, malah semua dilayan sama rata. Itu pengakuan penyanyi Datuk Jamal Abdillah tatkala ditanya tentang isu yang membabitkan dirinya dengan anak keduanya, Ahmad Zaki Yamani sebelum ini.

Jamal ketika ditemui pada sidang media Konsert Tribute Seniman Negara Datuk Seri Ahmad Nawab di Istana Budaya pada 9 Jun 2022 memberitahu hubungannya dengan Zaki, 16, tiada masalah seperti yang didakwa.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi sensasi Jamal Abdillah

Jamal Abdillah sayang semua anaknya tanpa berbelah bagi.


“Antara saya dengan Zaki tak timbul pun isu pilih kasih. Baru-baru ini sewaktu dia menyertai satu program realiti TV, selepas menyanyi dalam program itu, dia terus hubungi saya.

“Sebenarnya saya berserah kepada Allah SWT. Saya tak boleh nak buat apa sebab kuasa lebih kepada maknya (Fatimatuzahra Samad). Jadi saya tak mahu bergaduh nanti anak yang susah

"Saya serahkan kepada dia (bekas isteri), kalau dia boleh handle,” katanya.


Jamal tidak kisah untuk mempunyai dua orang lagi anak dengan Zai Izzati.


Namun kata Jamal, sebagai seorang bapa, dia sentiasa terbuka untuk menerima kehadiran anak-anak dalam kehidupannya.

Saya bila-bila masa kalau nak duduk dengan saya tak apa kerana saya memang telah sediakan rumah untuk anak seorang satu. Rasanya tak ada isu untuk saya terima kasih sayang daripada dia.


Zaki Yamani bersama ibunya, Fatimatuzahra Samad.


“Anak-anak lain pun suka, Osama pun baik dengan dia. Saya tak membezakan kasih sayang pada mana-mana anak. Saya dah siapkan seorang satu rumah untuk mereka bila saya tak ada esok. Insya-Allah semua senang,” jelas Jamal yang telah memikir tentang masa depan setiap anaknya itu.

Yamani Abdillah atau Osama Yamani, 21, merupakan anak sulung hasil perkahwinannya dengan Intan Noraina Mohd. Yusof.


Osama Yamani bersama ibu, Intan Noraina Mohd. Yusof.


Pada 1 April 2017, Jamal mendirikan rumah tangga dengan Datin Zai Izzati Khiruddin dan dikurniakan tiga anak iaitu Nur Azura Yamani, 3; El Isaac Yamani, 2; dan Iskandar Rayyan Yamani yang baru dilahirkan pada 22 Februari 2022 lalu.

Bercerita tentang pengalamannya sebagai bapa kepada anak-anak kecil pada kala usia 63 tahun, kata Jamal adakalanya memang rasa stres.

“Memang kita tengok betapa susahnya mak dia menjaga, saya bantu juga. Saya memang tak sanggup tengok. Paling susah bila nak menyusu, tiga-tiga menangis. Jadi kita kena ambil giliran, dia bagi susu badan, saya pergi bancuh susu botol. Walaupun stres tapi ada life.


Jamal Abdillah telah menyediakan rumah untuk setiap anak-anaknya.


“Buat masa sekarang, kami tak ada pembantu rumah. Dalam masa setahun empat pembantu rumah telah lari. Saya ada rumah yang tetap didiami, tiga buah.

“Bila saya pergi Ipoh, saya bawalah maid sekali, dia komplen. Sini rumah mau jaga, sana rumah mau jaga. Saya kata, mana saya pergi, dia kenalah ikut. Tak tahan berhenti. Itu yang semuanya kena buat sendiri,” katanya walaupun penat tapi terhibur dengan telatah anak-anak.

Meskipun sudah dikurniakan lima orang anak, Jamal berhasrat untuk memiliki lagi dua orang anak dengan Zai Izzati.


Zaki Yamani bersama Jamal Abdillah.


Kata Jamal, suatu ketika dulu, dia pernah terfikir untuk tidak mempunyai zuriat kerana takut anak-anak tidak dapat terima tentang dirinya. 

“Pernah saya suarakan dengan wartawan beberapa ketika dulu sebab dulu saya up and down, saya takut kalau mereka (anak) tak boleh terima dengan cemuhan.

“Dulu saya rasa tak payah ada anak, tapi rupanya Tuhan tak kejam. Kita kena bersangka baik. Alhamdulillah, aturan Allah itu yang terbaik,” katanya yang mengusahakan ladang ternak ikan Arowana di Bukit Merah, Selama, Perak.

Jamal mula menternak ikan Arowana sejak 2009 dan kini memiliki ladang ternakan sendiri serta turut mengeksport ikan tersebut. - KitaReporters


17
14
0
12
1
You will be interested