Seni & Sukan 27 May, 2022

Video| 3 dalam 1! Filem Mistik 3Logi Puaka gabungkan 3 kisah seram! Sasar bawa filem ke Bollywood!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this

Dari kiri: Zalif, Satha dan Man Raja Lawak. - Kredit foto: Dragon @rentaksejuta.


PELAKON dan pelawak Zalif Sidek kembali menerajui filem  ‘Mistik 3Logi Puaka’ terbitan produksi tempatan, D’Cinema Sdn Bhd yang pernah terlibat dalam pembikinan filem ‘Kabali’ (2016)  lakonan aktor hebat Tamil, Rajinikanth dari India ketika penggambaran dilangsungkan di Malaysia

Zalif dipilih kerana gaya dan personalitinya dilihat mampu membawa watak Ramlee, seorang penulis skrip yang berhasrat memenangi Anugerah Oscar dengan menggunakan cara mistikal untuk mencapai impiannya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kisah-kisah seram

Siti Hawaa (tengah) bersama adiknya, Shah Maraz  (baju oren) serta barisan pelakon dan krew produksi pada majlis sidang media filem 'Mistik 3Logi Puaka' baru-baru ini. - Kredit foto: FAS.


Berpendapat sedemikian, penerbitnya, M.H. Siti Hawaa memberitahu, Zalif dipilih oleh pihak produksi untuk membawakan watak Ramlee yang humor dan sedikit sebanyak mirip Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee. 

“Kerana itu watak Ramlee sedikit sebanyak saya ambil daripada watak P, Ramlee sendiri.” ujar Zalif ketika ditemui pada sidang media filem ‘Mistik 3Logi Puaka’ yang berlangsung di Dewan Maraz, Brickfields, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Turut hadir pelakon, pelawak Man Raja Lawak dan Sathia serta Penerbit Eksekutif, N. Chan (gambar bawah, kanan), Pengarah Seni, Shah Maraz  serta krew penerbitan lainnya.

Melahirkan rasa terujanya dapat melakonkan watak seumpama P. Ramlee bersama rakannya, pelawak otai Sathia serta Man Raja Lawak persis watak ‘Do Re Mi’, Zalif berharap peminat dapat berhibur dengan tiga cerita dalam satu filem bergenre komedi seram ini.

“BIla mendapat tawaran berlakon, saya rasa teruja apabila memikirkan masih relevan nama Zalif Sidek untuk diangkat sebagai antara watak utama dalam filem,” kenang Zalif.




'Mistik 3Logi Puaka' bakal menemui peminat filem Melayu pada skrin besar seluruh negara mulai 2 Jun 2022 arahan  P Ramesh aka Ram Che Ngah dan M H Siti Hawaa.

Seperti maksud judulnya, filem ini merupakan sebuah antologi Malaysia berbilang etnik yang pertama seumpamanya dibahagikan kepada 3 cerita yang saling berkaitan.

Selain bab ‘Scriptwriter’  yang menceritakan kisah Ramlee, turut ditampilkan cerita 'Handphone', mengisahkan Ravi, seorang guru sekolah yang secara tidak sedar telah membeli telefon bimbit terpakai dengan roh jahat yang berada di dalamnya.

Manakala bab terakhir berjudul “Bas’  menceritakan kisah bas yang bergerak ke dimensi yang berbeza.

Lakon layar dan cerita dilaksanakan oleh Ram Che Ngah, yang juga pengarah filem 'Paku' sebelum ini.


Zalif dan Man Raja Lawak, Foto kredit Instagran @zalidsidek.


Berkongsi lanjut Zalif atau nama penuhnyaMd Zalif Naquiyudin Wan Abu Bakar Sidek memberitahu, beliau menerima tawaran daripada penerbit kerana mahu  mencabar diri berlakon buat pertama kalinya dalam sebuah filem yang mengumpulkan pelbagai bangsa terutama apabila pengarahnya berbangsa India. 

Berpendapat sama dalam nada berseloroh, Man Raja Lawak mencelah,”Saya ikut sahaja apa yang pengarah nak walau pun dia cakap bahasa Tamil yang sepatah haram saya tak faham kecuali ‘cut’,” disusuli ketawa semua yang hadir.

Menurut pemilik nama sebenar, Abd Rahman Kasim, yang juga merupakan Juara Raja Lawak Astro musim ke-5 pada 2011 ini, walaupun memegang watak kecil sebagai seorang ‘bomoh’ namun dia memberikan sepenuh tenaganya menghidupkan watak yang diberikan pengarah.

“Bila dia mengeleng kepala kata ‘cut’ dan senyum bermakna dia sukalah,” ujar Man dalam ketawa kecil mengenangkan bagaimana beliau mengikut arahan walaupun pengarah berbicara dalam Tamil.



Dan bagi pelawak veteran Sathia (gambar atas, kanan), 58, yang  memegang watak Ravi pada bab ketiga ‘Handphone’ turut memberitahu beliau berlakon mengikut kehendak pengarah.

“Saya ikut sahaja apa pengarah mahu, saya tidak buat apa apa sendiri,’" jelas Artis Bukan Melayu Popular ABPBH 1998/99 yang juga mendapat gelaran ‘baby face’ ketika masa mudanya.


Shah Maraz dan kakaknya, Siti Haawa.


Sementara itu, Shah Maraz memberitahu, dengan penerbitan filem Melayu pertama syarikat, pihaknya akan meluaskan pasaran filem Melayu secara global dengan membawanya ke Bollywood sekiranya berjaya mendapatkan sambutan hangat dan pecah panggung,

“Tentulah kami sasarkan jutaan ringgit namun jika pungutannya mencapai RM1 juta sekali pun saya akan memberikan bonus kepada semua terlibat dan terus melahirkan lebih banyak filem Melayu yang mempunyai unsur perpaduan," Maraz berjanji sambil diakui kakaknya, Siti Hawaa.



Keseluruhan pascapenerbitan untuk filem dilakukan secara sendiri di Malaysia oleh pasukan profesional yang berbakat termasuk bunyi Surround 7.1 yang dirakam dan diadun di Maraz Digital Studio milik mereka sendiri.

Turut dirakam dalam format 6K, filem sulong berbahasa Melayu ini mempunyai sari kata Inggeris dan Cina malah akan dialih bahasa dalam bahasa Tamil sekiranya berjaya menembusi pasaran di bumi Bollywood, India kelak.

“Filem ini yang turut dilakonkan oleh Dato Jalaluddin Hassan serta pendatang baharu, Nesa Idrus akan turut ditayangkan di Singapura,” akhiri Shah Maraz sambil memaklumkan tayangan perdana filem berkenaan akan berlangsung pada 30 Mei 2022 di GSC Nu Sentral Kuala Lumpur. - KitaReporters


Filem ini menggabungkan artis-artis daripada berbilang kaum dengan menerapkan unsur perpaduan.

10
14
0
15
0
You will be interested