Seni & Sukan 01 Jun, 2021

Berita Terkini| 37 ahli jemaah surau dikompaun! Langgar SOP! Tiada pelitup muka, solat berjemaah

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

SERAMAI 37 ahli jemaah dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) selepas menunaikan solat berjemaah di dua surau dalam Mukim Chetok, Tok Uban, di Pasir Mas, Kelantan.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, berkata, pada 9 malam, 30 Mei 2021, semua individu berusia 20 hingga 70 tahun itu didapati ingkar SOP sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Sebanyak 28 saman dikeluarkan di masjid pertama yang diserbu, manakala sembilan lagi diberikan kepada ahli jemaah di surau berlainan pada hari yang sama.

"Mereka dikenakan kompaun atas kesalahan tidak memakai pelitup muka, selain menunaikan solat isyak berjemaah, walaupun sudah sedia maklum tidak dibenarkan sepanjang PKP ini.

"Tindakan berkenaan sekali gus melanggar SOP termasuk dari segi penjarakan fizikal yang bukan sahaja membahayakan, malah memberi risiko kepada penularan wabak Covid-19,” katanya seperti dipetik oleh Berita Harian, Selasa 1 Jun 2021.

Mohd Nasaruddin berkata, sepatutnya masyarakat mematuhi segala arahan kerajaan demi keselamatan bersama, terutama untuk mengekang kenaikan jumlah mangsa Covid-19 yang semakin meningkat.

Sebelum ini, tular dalam media sosial video memaparkan sekumpulan individu yang ditahan, berselawat di atas lori Black Maria ketika dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

3
1
2
0
1
You will be interested