Seni & Sukan 21 Feb, 2022

Video| Shakilla nak saman penyiar radio! Jadi iktibar bagi stesen! Teliti terlebih dulu kandungan!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Shakilla tersinggung kisah peribadinya dijadikan bahan perbualan dalam radio


TINDAKAN pelakon, Shakilla Khoriri untuk mengemukakan saman kepada seorang penyiar radio yang mempersenda perceraiannya dengan Fizi Ali patut dipandang penting pihak pengurusan agar bahan yang tersiar tidak menyinggung pihak tertentu. 

Shakilla tersinggung apabila penyiar Suria FM, Suraya Borhan menjadikan kisah rumah tangga sebagai topik perbualan dalam programnya baru-baru ini.

Kata-kata, ‘Fizi Kahwin Dengan Orang Salah Ke?’ memang benar-benar menyinggung perasaan Shakilla seolah-olah memperlihatkan hanya diri yang bersalah akibat perceraian itu.
Lagi cerita-cerita duka berkaitan perceraian




Menerusi Instagram (IG) miliknya, Shakilla, 32, kesal apabila isu penceraiannya dengan penyampai radio Fizi Ali dijadikan bahan.

Katanya, selama ini dia membiarkan orang sekeliling meletakkan kesalahan atas dirinya namun itu tidak bermaksud dia akan tutup mulut selamanya.  

Shakila atau nama sebenarnya, Nurul Shakilla Mohd Khoriri menyerahkan kepada pihak stesen radio terbabit untuk berbincang dan menyelesaikan isu yang telah timbul. 


SURAYA BORHAN


Shakilla, Fizi dan anak ketika masih bahagia

Sementara itu, pihak pengurusan Suria FM mengeluarkan kenyataan melalui Pengurus Besarnya, Roslinda Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin yang juga merangkap Ketua Stesen Radio Suria FM

Menurut DJ Lin, pihaknya akan mengadakan siasatan telus dan berharap perkara sedemikian tidak akan berlaku lagi.

Penyampai Suria FM, Suraya Borhan, mengeluarkan dialog "sebab Fizi kahwin dengan orang yang salah ke?" dalam segmen sketsa pagi bersama PU Azman segera mendapat perhatian pengurusan Suria FM.

Menerusi program terbabit, dialog berbunyi, "sebab Fizi kahwin dengan orang yang salah ke?" membuatkan ia menjadi pertikaian pendengar dan tular dalam sejumlah media sosial.

DJ Lin (kanan) bagi pihak pengurusan memandang serius dakwaan Shakilla.

Menurut DJ Lin, mereka mengambil maklum mengenai teguran dan pandangan segelintir pihak berhubung penyiaran audio sketsa membabitkan penyampai Suria FM itu yang dikatakan menyentuh hati pihak tertentu seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

"Suria FM mengambil maklum rungutan itu dan akan meneliti semula kandungan audio terbabit agar masalah yang dibangkitkan dapat diselesaikan sebaik mungkin,” katanya.

Shakilla dan Fizi berkahwin pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia kini berusia dua tahun. Kedua-duanya berpisah pada Disember 2021 setelah berkahwin kira-kira tiga tahun.

Fizi atau nama sebenarnya, Mohd Hafizudin Alimudin, 32, merupakan salah seorang penyiar Suria FM. - KitaReporters


10
18
0
11
0
You will be interested