Seni & Sukan 07 Mar, 2022

Video| Nak tahu Obat Rindu? Penawarnya ada pada Kucaimars dan Suara Kayu! Kolaborasi dua negara!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

Kumpulan duo Suara Kayu (kiri) dan Kucaimars (kanan).


KUCAIMARS, satu nama pentas yang agak unik sehingga ada yang membayangkan sayur kucai yang enak dimakan bersama tauge.

Tetapi itu bukan kucai yang dimaksudkan oleh penyanyi nama sebenar, Amirul Husyairi Nani ini.

Jika ada yang belum tahu, nama itu adalah gabungan yang dicipta oleh Amirul daripada nama Kucai, gelaran seorang jurulatih bola sepak beliau semasa menuntut Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi di Senawang, manakala Mars ialah jenama coklat kegemarannya. 


Lagi cerita-cerita menarik 



Begiitu kisahnya, memang tepatlah Amirul Husyairi (gambar atas) seorang lulusan Diploma Kreatif UiTM, cukup kreatif gabungan nama yang dicipta.

Tetapi lebih menarik apabila duo muzikal pop-folk terkenal berasal dari Jakarta, Suara Kayu memilih Kucaimars sebagai rakan kolaborasi mereka bagi lagu single terbaharu ‘Obat Rindu’.

Ketiga-tiga penyanyi ini sebenarnya masih baharu dalam industri muzik di mana Suara Kayu yang dianggotai Ingrid Tamara (pemain ukulele) dan Dewangga Elsandro (gitaris) ditubuhan pada Mei 2020 iaitu selepas setahun Kucaimars bergelar artis rakaman melalui singlenya, ‘Jawab’ pada tahun 2019.



Sebelum itu, Kucai tular dalam media sosial apabila menyanyikan lagu ‘cover’ Sufian Suhaimi, ‘Di Mata Mu’ yang mana klip video dimuat naiknya dalam Instagram meraih sejumlah 11,000 tontonan dalam tempoh singkat.

Di atas pemilihannya, Kucaimars melahirkan rasa teruja diberi kesempatan bekerjasama dengan duo hebat dari seberang, Suara Kayu itu.

“Saya rasa seronok kerana dapat membawa konsep yang baru melalui lagu ini. Semoga lagu ini memberikan nafas segar di persada industri muzik Malaysia,” ujar Kucaimars.



Dan bagi Suara Kayu, keputusan untuk berkolaborasi bersama artis Malaysia tidak menghalang mereka berbincang mengenai konsep serta idea-idea melalui mesyuarat ‘zoom’ walaupun proses rakaman dijalankan secara jarak jauh sama seperti mesej di sebalik lagu ‘Obat Rindu’

Lagu 'Obat Rindu' yang dialunkan melalui petikan gitar akustik dengan tiupan trompet ini menceritakan tentang hubungan jarak jauh iaitu rasa rindu yang seringkali menjadi penyeri buat pasangan di alam percintaan. 

“Obat Rindu menceritakan tentang perasaan rindu yang mendalam kerana tak bertemu dengan orang yang tersayang. Dalam lagu ini, ada bait-bait liriknya yang menjadi penawar bagi menyembuhkan rasa rindu itu,” kata Ingrid, mewakili Suara Kayu.



Single yang kedengaran easy-listening serta flirty ini dinyanyikan dengan cara yang begitu unik sekali, namun menghiburkan. 

Paduan serasi antara Suara Kayu yang bersahaja dengan vokal Kucaimars yang berkarakter ternyata menghasilkan magis apabila digabungkan.

Baik Suara Kayu mahupun Kucaimars berharap agar single 'Obat Rindu' ini dapat diterima baik oleh penggemar muzik di Indonesia dan juga Malaysia. 

“Semoga lagu 'Obat Rindu' menjadi peneman mereka yang sedang rindu dengan seseorang, membuat mereka tersenyum dan tertawa walaupun sedang sakit menahan rindu. Untuk yang masih ‘single’ atau sedang mencari, boleh juga menikmatinya,” akhiri  Ingrid. - KitaReporters


12
7
0
15
0
You will be interested