Gaya Hidup 21 Feb, 2022

Video| Alhamdulillah, ada lagi ni! Masih hidup! Dah maafkan! Mungkin silap orang - Shah Iskandar

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Golongan selebriti memang selalu terdedah kepada pemberitaan tidak sahih yang boleh menjejas kehidupan mereka, tambahan lagi apabila berkembang pesatnya penggunaan dan pengaruh media sosial. 

Selebriti terbaharu yang menjadi bahan berita palsu ialah pelakon terkenal berasal dari Singapura, Shah Iskandar Mahfuz, 39.

Terdapat video TikTok yang menyatakan Shah Iskandar meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.


Ekoran itu, Shah Iskandar menerima banyak panggilan telefon bertanyakan berita itu ketika dia berada di tempat penggambaran sebuah drama, 'Hati Yang Dikhianati'. 

"Semasa itu saya sedang menjalani penggambaran, terkejut apabila ramai orang bertanya mengenai video berkenaan. Saya cari video itu dalam aplikasi TikTok, rasanya orang yang meninggal dalam berita tu nama dia Shah Iskandar juga tapi individu yang buat video berkenaan pakai gambar saya.

"Saya pun tak pasti cerita sebenar... apa-apa pun alhamdulillah saya masih hidup lagi," kata Shah Iskandar yang menafikan dakwaan kononnya dia sudah meninggal dunia seperti dalam rakaman video tular dalam TikTok.



Shah Iskandar meminta individu berkenaan menyemak dahulu kesahihan berita sebelum menyebarkan kepada umum.

"Kepada yang cuba buat video viral saya meninggal kerana kemalangan kereta atau motor, tak apa saya maafkan. Mungkin lain kali check dulu betul ke tak sebelum nak letak dalam TikTok ya sebab macam inilah reaksi saya masa tengok video tu... tergosok-gosok mata tau.

"Tak baguslah macam ni, tak selidik dahulu tapi pakai main post kat TikTok, sekarang ni mereka nak content sanggup buat apa sahaja. Saya pun tak faham kenapa mereka buat begini tapi tak apa saya dah maafkan orang tu," kata Shah Iskandar dalam entri IGnya.



Selain menerima panggilan telefon, Shah Iskandar turut mendapat tahu mengenai perkara itu apabila menerima kiriman mesej pengikutnya dalam Instagram.

"Dalam khabar angin yang disebarkan itu, individu tidak bertanggungjawab berkenaan mendakwa saya meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan antara lori dengan motosikal," kata Shah Iskandar.



Hasil carian dalam internet mendapati, berita tentang ‘kematian’ Shah Iskandar sebenarnya melibatkan seorang pelajar berusia 17 tahun, Shah Iskandar Nor Haszemi yang memiliki nama sama seperti pelakon tersebut.

Dalam kejadian pada November 2021, Shah Iskandar maut dalam nahas membabitkan dua buah kenderaan di kilometer 24, Jalan Seremban – Kuala Pilah berdekatan Jalan Kampung Gedang Terachi, Negeri Sembilan.

Shah Iskandar yang menunggang motosikal mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. - KitaReporters


12
16
0
6
0
You will be interested

Video| Gembira bercerai? Bad Indigo, Ashira umum perpisahan dalam rakaman video! Tapi tetap kawan!

Dalam rakaman video secara bersama, Bad Indigo dan Ashira dengan gembiranya umumkan mereka bercerai setelah 14 bulan berumah tangga namun tetap jadi kawan baik

Video| Syamsul cari perakam klip video! Filem bakal box office! Mat Kilau kutip RM2.8j dalam 2 hari!

Syamsul beri amaran keras kepada pihak yang tayangkan cuplikan filem Mat Kilau lebih 5 saat dalam laman sosial. Mahu buat laporan polis dan ambil tindakan saman
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 14 hours ago

Panggung pacak dah berakhir! Akhbar bersaing dengan media sosial! Perlu lebih bebas dan tak takut!

Akhbar harus buat pendekatan menyeluruh, lebih cekap, pantas dan pembinaan insan yang bolehkan wartawan bekerja dalam ruang bebas, tanpa takut - Johan Jaaffar
Kartini Mohd Noor in Gaya Hidup 16 hours ago

Video| Amelia Henderson, Idris Khan tak profesional! Tak kenang budi! Saya terpaksa saman! - A Aida

A. Aida saman Amelia Henderson dan Idris Khan gara-gara tarik diri pada saat-saat akhir daripada drama 28 episod Sekali Lagi Cinta Kembali sebagai pelakon utama
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 1 day ago

Video| Woi! Bangunlah! Beri tempat duduk kepada ibu mengandung! Wanita hamil kongsi pengalaman!

Seorang wanita sarat hamil luahkan rasa kesal dengan sikap, tindakan segelintir masyarakat naiki pengangkutan awam tapi tak diberikan tempat duduk oleh mereka
Nur Syamila Kamarul Arefin in Gaya Hidup 1 day ago