Gaya Hidup 02 Oct, 2020

Dah lulus! Pendaftaran Persatuan Kebajikan Graduan UUM 1999

@samsudin oli mohamed
34 tahun berpengalaman sebagai Jurufoto Berita Harian, Jurufotografi UUM, Wartawan bebas Akhbar Berita Harian, Harian Metro, Utusan Malaysia, Kosmo, Sinar Harian, Majalah Pendidik, Dewan Masyarakat, Rtm Kedah/Perlis, Penceramah Fotografi, kewartawanan

Share this

Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) Wilayah Persekutuan telah meluluskan pendaftaran Persatuan Kebajikan Graduan UUM 1999Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Hendrik Lamsali yang juga Alumni Batch 1999 diberi penghormatan merasmikan Mesyuarat Agung Pertamanya di Hotel Tenera di Bangi, Selangor baru-baru ini. : KitaReporters

Kehadiran ahli-ahli kepada Mesyuarat Agung Pertama Persatuan Kebajikan Graduan UUM Batch 1999.


Dalam ucapan perasmian itu, Dr Hendrik berbangga kerana bukan sahaja dapat merasmikan mesyuarat ini malah gembira kerana beliau dan isteri juga adalah dari batch (kumpulan) yang sama.

‘Sesungguhnya pendaftaran persatuan ini dilihat dapat memberi semangat dan menggalakkan kumpulan-kumpulan lain juga mendaftar dengan pendaftar pertubuhan seterusnya menghimpunkan kembali alumni dari UUM ini untuk menjalankan aktiviti baik dalam kalangan mereka ataupun membantu mahasiswa dari kampus ini," katanya ketika dihubungi.

TNC HEPA UUM Prof Madya Dr Hendrik Lamsali merasmikan Mesyuarat Agung kali pertama di Bangi, Selangor pada 26 September 2020.


Dalam pada itu, Sazali Samjis, 44, yang bertugas di Koperasi Tentera di Jalan Pahang, Kuala Lumpur dipilih sebagai pengerusi pertama dalam Mesyuarat Agung kali pertama yang dihadiri 204 ahlinya.

Beliau yang sebelum ini dilantik sebagai pengerusi penaja bersama enam ahli jawatankuasa lain telah menyiapkan perlembagaan dan seterusnya menggerakkan usaha untuk mendaftar persatuan ini dengan ROS Wilayah Persekutuan.

“Alhamdulilah pendaftaran kami telah diluluskan pada 17 Jun 2020 dan Mesyuarat Pertama pula telah diadakan pada 26 September 2020 lalu," ujarnya ketika dihubungi.

Bergambar sebagai kenangan.


Kata Sazali, sebelum ini mereka bergerak secara sendiri dengan mengumpul dana untuk membantu kalangan alumni yang menghadapi masalah kewangan ataupun yang memerlukan bantuan, di samping mengadakan majlis reunion antara batch mereka.

Namun dengan kelulusan pendaftar pertubuhan ini, beliau berharap batch ini dapat bergerak lebih jauh terutama mengumpul dana bagi membantu kalangan alumni yang memerlukan bantuan atau menganjurkan program-program lain.

Antara ahli-ahli yang hadir di Hotel Tenera Bangi.


Sazali menambah antara perancangan mereka ialah menjaga kebajikan ahli, mengadakan perjumpaan tahunan, mengeratkan hubungan dengan Persatuan Alumni UUM (PAUUM), Pengurusan UUM dan membantu mahasiswa sama ada untuk mendapatkan penajaan, menganjurkan program, tempat latihan industri, pekerjaan dan lain-lain.

Bagi mereka yang belum mendaftar sebagai ahli boleh menghubungi talian 0193846600 untuk keterangan lanjut. - KitaReporters

Cabutan bertuah turut diadakan pada majlis itu.

You will be interested

Kotornya! 6 pekerja, 50 jam sental bersih rumah warga emas!

My Kind of Clean, syarikat pembersihan di Lancaster, UK berjaya mentransformasikan sebuah rumah yang kotor, menjijikan jadi kediaman yang sangat cantik, bersih

Zuhayati Yazid in Gaya Hidup 1 day ago

Nak tahu kisah kahwin cerai Daus Eli! Tonton MV Takdir Kita!

Segala persoalan terjawab dalam MV ini. Saya mahu beritahu kepada masyarakat, saya bukan suka-suka nak bercerai. Kalau nak tahu sebab apa kena tonton - Daus Eli
Fariza Saidin in Gaya Hidup 16 hours ago

Good Luck Masya Masyitah! Pentas akhir Yippi Star Quest 2020

Masya Masyitah tumpaskan lebih kurang 3,000 peserta dalam talian untuk layakkan diri ke peringkat akhir pertandingan Yippi Star Quest 2020 pada 25 Oktober 2020
Fariza Saidin in Gaya Hidup 1 day ago

Siapkan 1,200 PPE! Usaha JKNT, YPK, Kemas, JPNIN Terengganu!

JKNT sedia peruntukan, YPK dan KEMAS sedia bengkel jahitan, JPNIN Terengganu pula sedia tenaga kerja sukarela. Disertai 21 ahli Jiran Wanita dari 4 KRT Dungun
Mohammad Ishak in Gaya Hidup 1 day ago

Jom sertai Little Huffaz! Kanak-kanak seluruh dunia dipelawa

Siri animasi Islamik, Omar & Hana anjurkan pertandingan hafazan al-Quran Liffle Huffaz melalui platform digital. Pendaftaran dah dibuka sehingga 6 November 2020
Fariza Saidin in Gaya Hidup 1 day ago