Seni & Sukan 26 Apr, 2022

Video| Tolong kami! Bantu Zamani Slam! Semakin membongkok! Tapi tetap menyanyi! Demi cari rezeki!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


PENYANYI Zamani Slam, yang bakal berusia 51 tahun pada 25 Mei 2022, kini menjadi lelaki bongkok tiga apabila penyakit skoliosis atau tulang belakang melengkung yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu semakin parah

Namun demi mendapatkan pendapatan untuk kehidupannya dan isteri,  Zamani Ibrahim iaitu nama penuhnya terpaksa terus menyanyi dalam keadaan kurang sempurna.

Namun dia tetap bersyukur masih diberi suara yang baik dan mengekalkan kedudukannya sebagai antara vokalis terbaik di Malaysia.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Zamani Slam

Keadaan Zamani ketika mengadakan persembahan yang menghibakan penonton. Terpaksa menyanyi walaupun sakit demi mencari pendapatan. - Kredit foto: zamanislam_official



Jika sakit yang berlebihan dia akan memakan ubat tahan sakit terlebih dahulu sebelum beraksi di pentas. Dia kini selesa menggunakan skuter roda tiga untuk bergerak.

Menyedari persembahan pentasnya agak terjejas, Zamani akan meminta maaf kepada penonton.

Kasihan melihat aksi Zamani menyanyi dalam keadaan bongkok tiga dalam satu majlis berbuka puasa di Shah Alam baru-baru yang menjadi viral dalam media sosial, baik Facebook dan TikTok.



Menerusi video itu, pada awalnya Zamani dilihat duduk di atas kerusi ketika menyanyi. Namun kemudian dia berdiri menyampaikan lagu untuk berinteraksi bersama penonton.

Rata-rata netizen tertumpu kepada fizikal penyanyi itu yang semakin membongkok serta dilihat seolah-olah sukar untuk bergerak akibat penyakit skoliosis tersebut.

Dalam ruangan komen, pengguna TikTok ini berkata, Zamani sempat memohon maaf kerana tidak dapat menghiburkan seperti dahulu.

Meskipun ramai yang bersimpati dengan keadaan penyanyi itu, namun tetap memuji suara Zamani yang tetap padu dan merdu sejak dari dulu lagi.


Kredit foto: Zamani Slam Official Fanopage


Kredit foto: FB Artis Malaysia



Dalam pada itu, ramai mendoakan agar Zamani diberikan kesihatan yang baik dan segera sembuh

Zamani menjalani rawatan skoliosis sejak 2008 di mana setiap kali rawatan dia perlu mengeluar RM200-RM300 setiap rawatan. Tetapi kerana kos rawatan yang tinggi baginya, Zamani menghentikan rawatan Mac 2021 dan hanya bergantung kepada ubat tahan sakit.

Kasihan melihat penderitaan Zamani, netizen berharap golongan berada atau persatuan artis mahupun pihak kerajaan agar membantu menanggung kos pembedahan skoliosis penyanyi berkaliber ini.



Walaupun sudah menderita skoliosis, Zamani tetap berkahwin pada usia 48 tahun dengan Nur Juliana Abdul Rani pada 20 September 2019  setelah brtcinta selama lima tahun. - KitaReporters


13
14
0
11
0
You will be interested