PELAKON Nelydia Senrose, 27, mula berhijab sebaik sahaja pulang mengerjakan umrah pada Disember 2021.
Perubahan penampilannya mula menarik perhatian ramai. Namun Nelydia menyatakan dia dalam proses belajar dan beristiqamah.
“Saya tak berani nak ulas sangat perkara ini kerana masih dalam proses pembelajaran. Saya nak jalani proses penghijrahan ini perlahan-lahan tapi pasti. Memang saya nak ke arah itu. Saya cuma tak berani cakap lebih.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan berhijab
“Saya masih bertatih. Saya dalam proses belajar, mencuba, mencari dan mengenal lebih soal diri dan agama Islam,” katanya.
Tambah Nelydia, dia mahu menjadi Muslimah lebih baik namun mengakui bimbang jika hatinya berbolak balik.
“Saya akui bimbang sekiranya hati berbolak-balik. Apapun saya mengharapkan pengakhiran yang baik dalam hidup ini. Jujur takut andai tersilap percaturan, hati boleh berubah.
“Namun saya tidak bermaksud menidakkan apa yang salah tetap salah. Hati kita Tuhan yang pegang dan bila-bila masa boleh tersasar.
“Hari ini okey, esok, jadi lain. Namun, saya tidak lupa berdoa memohon diri terus istiqamah. Doa baik-baik untuk sesuatu yang lebih manis itu tentunya jadi azimat,” katanya.
/
Nelydia dan kakaknya Uqasha kelihatan seperti kembar
Tambah adik kepada Uqasha Senrose ini, keputusannya untuk bertudung tidak menjejaskan kerjaya seninya. Dia tetap mendapat tawaran berlakon.
Nelydia yang lahir pada 30 Julai 1994 mula berlakon pada tahun 2007 dalam drama ‘Spa Q’ ketika baharu berusia 13 tahun.
Selain berlakon, Nelydia kini terlibat dalam perniagaan kosmetik di bawah jenama Secret of Senrose. - KitaReporters
Nelydia (tengah) bersama kakak Uqasha dan adik Raysha Rizrose ketika belum berhijab