Seni & Sukan 12 Apr, 2022

Video| Gandingan Khai Bahar, Lia Aziz dapat pujian! Kaulah Syurga! OST drama 7 Hari Mencintaiku 3!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


LAGU OST 7 Hari Mencintaiku 3, 'Kaulah Syurga' yang baru dilancarkan dalam YouTube telah mendapat pujian dari para pendengar terutama peminat setia Khai Bahar dan Lia Aziz yang menyifatkan gandingan mereka berdua sangat baik dalam membawakan lagu tersebut.

Jika anda sudah tonton video lagu tersebut, anda boleh lihat effect yang digunakan dalam lagu 'Kaulah Syurga' sangat menarik dan sangat masuk dengan lirik dan arrangement muzik. 

Malah dari segi lirik lagu tersebut pun sudah memberi makna dan maksud yang begitu mendalam. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan 7 Hari Mencintaiku



Mendengar arrangement muzik ini, kita sudah boleh jangkakan bagaimana cerita ini akan disampaikan nanti biarpun ia belum ditayangkan. 

Bagi mereka yang sudah mengikuti musim pertama dan kedua serta peminat setia novel Siti Rosmizah Semail, mesti sudah terbayang jalan cerita ini. Sudah anda bersiap sedia dengan tangisan untuk menonton drama 7 Hari Mencintaiku 3 ini? 




Untuk Khai Bahar, semua sedia maklum, mempunyai suara yang unik dan sentiasa menjadi setiap kali berduet dengan siapa sahaja.  

Manakala untuk Lia Aziz pula, pernah mencetuskan fenomena apabila lagu beliau, 'Kucu Kuca' dalam cerita Setia Hingga Hujung Nyawa menjadi trending serta viral dalam media sosial.

Untuk cerita 7 Hari Mencintaiku ini yang sememangnya sudah ada pengikut setia dan tayangan sebelum ini juga berjaya mencatat tonton yang begitu tinggi. 

Adakah duet mereka kali ini akan dapat membantu cerita ini terus mendapat tempat di hati para peminat, sekali gus mencipta tayangan lebih tinggi dari musim sebelum ini?




Menjengah ruangan komen, dapat dilihat begitu ramai memuji suara serta suka dengan lagu tersebut secara tidak langsung berjaya mencuri hati para pendengar. 


Lagu Kaulah Syurga ditulis sendiri oleh penerbit cerita 7 Hari Mencintaiku manakala komposer pula mendapat sentuhan dari Asfan Shah.

Drama ini masih mengekalkan pelakon utama mereka iaitu King of drama sedih, Shukri Yahaya dan Siti Saleha yang dilihat berjaya membawa drama ini sehingga menjadi trending. Selain mereka, drama ini juga akan dibintangi pelakon hebat bagi merancakkan lagi jalan cerita. 

Cerita ini akan ditayangkan di TV3 bermula 16 April dan akan bersiaran selama 35 episod. - KitaReporters


12
12
1
9
0
You will be interested