Seni & Sukan 11 Sep, 2020

Iqram ngamuk lagi! AishaHanim terkedu sebab 'Leka'. Apa hal?

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

SEBUT sahaja nama Iqram Dinzly, rasanya satu Malaysia mengenalinya gara-gara beberapa kejadian aneh yang ditimbulkan sebelum ini waima dia sendiri akui gelaran yang dilabelkan oleh netizen sebagai ‘gila’. Itu Iqram dulu, Iqram sekarang mahu dikenali sebagai Iq Dinzly apatah lagi kini beliau menjadi artis undangan pada lagu single terbaharu penyanyi kembar seiras, AishaHanim berjudul ‘Leka’. - KitaReporters

IQ Dinzly bersama penyanyi kembar seiras Aisha (kanan) dan Hanim (kiri). - Kredit foto: IG @syara_aishah.


Lagi cerita-cerita berkaitan pelakon:

https://kitareporters.com/search?search=pelakon


Kenapa ‘Leka’ dan kenapa memilih Iqram?

“Apabila dihayati bait lirik lagu ini, ia seolah kena dengan perjalanan hidup yang dilalui Iqram, jadi kerana itu kami menjemputnya dan alhamdullilah Iqram sudi,” ujar Aisha ketika ditemui pada majlis pelancaran video muzik single terbaharu mereka ‘Leka feat Papa Iq Dinzky’, bertempat di Faroz Cafe, Taman Tun. Dr. Ismail pada Rabu, 9 September 2020.


Menurut Aisha dan Hanim, mereka terpanggil menjemput  Iqram untuk membantu pelakon itu bangkit daripada terus leka dengan dunianya waima memberikannya semangat untuk kembali berjaya dalam hidup.

“Kami pun tinggal sekampung di Ipoh dan rapat dengan arwah kakaknya, jadi itulah kami mahu membantunya,” cerita pasangan kembar nama penuh Syazara Aisha Abu Bakar yang merupakan kakak kepada adiknya, Hanim Fariza Abu Bakar.

TIdak hairanlah sebaik sahaja selesai melakukan persembahan, Iqram terus sujud syukur sambil menangis begitu lama sekali. Kenapa ya?

Tetapi sebelum itu,  kehadirannya pada awal majlis membangkitkan kekecohan apabila Iqram tiba-tiba menjerit dan memarahi Aisha dan Hanim kerana tidak menunggu kehadirannya tetapi terus memulakan nyanyian lagu ‘Leka’ tanpanya.

Hadirin yang melihat terkejut juga dengan kelakuan Iqram dengan pelbagai persoalan seperti apakah Iqram masih tidak berubah dan kenapa pula AishaHanim memilihnya sedangkan mereka tahu latar belakangnya sebelum ini?


Tetapi sangkaan itu meleset apabila Iqram muncul sekali lagi dalam gaya dan fesyen yang menarik untuk bersama ke pentas menyambung nyanyiannya bersama AishaHanim.

Fuhh! Gimik rupanya… aduh! Ramai yang tersenyum dan menggelengkan kepala.

Apa pun lakonan Iqram nampak ‘real’ dan mantap apatah lagi apabila tengah marah…. kecut juga hadirin, diam sejenak semua.. apabila pengacara dan AishaHanim membalas, “dah awak datang lambat, call pun tak jawab, jadi kami teruskan je la persembahan….’

Begitulah gimik persembahan yang membawa elemen 'prank' pada majlis pelancaran muzik video ‘Leka’… di mana selepas itu memang semua pun lega, namun apabila Iqram melakukan sujud syukur yang agak lama sambil menangis teresak-esak, itu bukan lagi gimik kata Aisha dan Hanim yang turut tergamam.


“Hari ini adalah hari kelahiran arwah kakak saya dan saya teringatkan mereka serta arwah ayah dan atas pelancaran hari ini saya amat bersyukur diberikan peluang oleh Aisha dan Hanim yang saya anggap sebagai ‘bidadari’,” jawab Iqram dalam tangisan.

Pun begitu, beliau kesal apabila ada pihak TV yang hanya memandang pada artis yang mempunyai jumlah pengikut yang tinggi sahaja untuk sebarang tawaran.

Apa pun, menurutnya, gimik yang dicetuskan ideanya dalam masa sehari sebelum majlis sengaja dilakukan sebagai mesej kepada umum serta untuk dirimya sendiri juga agar netizen tidak terus menghukum seseorang itu atas pandangan kali pertama.

“Itulah yang berlaku selama ini, netizen cepat menghukum tanpa selidik terlebih dahulu,” ulas pemilik nama sebenar Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 38, yang kini mahu dikenali sebagai Iq Dinzly sahaja.

Dengan berkolaborasi bersama Aisha dan Hanim melalui ‘Leka’, Iq Dinzly mahu beralih ke dunia baharu iaitu lebih aktif melalui platfom media sosial lebih daripada keinginan untuk kembali ke dunia lakonan yang dianggapnya berpura-pura.

'Leka’ merupakan single kelima Aishahanim selepas lagu Angkara yang popular sebagai OST drama berepisod ‘Bukan Gadis Biasa’ lakonan Ayda Jebat dan Remy Ishak yang mendapat sambutan hangat melalui slot ‘Akasia TV3’, yang berakhir bulan Mei 2020 lalu.

“Lagu ini  bukan semata-mata lagu ketuhanan tetapi adalah satu lagu kesedaran, mengajak golongan yang terhanyut dan leka agar Tuhan kembalikan sinar cahaya hidup mereka sebagaimana yang digariskan pada surah Al Asr," akhiri Aisha dan Hanim.

Moh! Kita amati dan hayati mesej di sebalik lirik dan video muzik lagunya…. - KitaReporters



7
2
0
1
0
You will be interested