Seni & Sukan 05 Nov, 2021

Video| Sahabat baikku kini maduku! Bakal tinggal sebumbung! Penuhi permintaan isteri pertama!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Ustaz Rahmatullah bangga dapat hidup bersama dua isteri, Ustazah Nurul Aisyah (kiri) dan Ustazah Sahruni. - Kredit foto: FB Nana Ratnawati Palaha

POLIGAMI adalah perkara yang disukai lelaki, namun pahit bagi golongan wanita!

Namun bagi golongan Hawa yang tahu hukum agama dan faham pengertian sebenar poligami, pasti mereka tidak membantah, malah rela melalui berkongsi kasih.

Kisah sama turut dilalui seorang wanita bernama Ustazah Nurul Aisyah, 37, rela bermadu dengan sahabatnya sendiri, Ustazah Sahruni, 38, dan meminta madunya hidup serumah berkongsi suami dengan Ustaz Rahmatullah menerusi perkahwinan ini berlangsung di Galesong, Sulawesi Selatan baru-baru ini. 


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan poligami

Perkahwinan secara bermadu ini perlu dilhat dari segi kebaikannya. 


Aisyah dan Sahruni yang merupakan guru agama dan mereka bersahabat baik sejak 2005.

Aisyah mengajar pelajaran Tahfiz, mempelajari dan menghafal al-Quran, sementara Sahruni mengajar agama di sekolah lain di daerah yang sama.

Kisah kemuliaan hati wanita itu menjadi tular selepas pemilik Facebook, Nana Ratnawati Palaha berkongsi kisah berkenaan dalam media sosial miliknya.

Menerusi status yang dimuat naik kelihatan sosok seorang wanita berhijab merah muda duduk di samping pengantin wanita manakala suami  segak menggayakan sepasang kot dan kopiah hitam. Turut hadir memeriahkan majlis adalah keempat anak-anaknya bersama Aisyah.

Perkahwinan ini berlangsung dengan meriah dan penuh rahmat di kediaman pengantin wanita di Galesong, Kabupaten Takalar, Sulawesi Selatan, Sulawesi baru-baru ini.


“Masya-Allah pertama dalam hidup menyaksikan proses akad nikah yang tidak seperti biasanya kerana alasan yang luar biasa. Sakinah mawaddah warahmah untuk kalian bertiga,” tulis Nana dalam keterangan videonya.

Dalam sejumlah foto yang dimuat naik, ketiga-tiganya berdiri berdampingan dan kelihatan tersenyum bersama.

Setelah video itu tular ia menjadi bahan perbincangan masyarakat Indonesia terutama di Sulawesi Selatan.


/

Bermula dengan sahabat baik dan kini menjadi madu dan tinggal sebumbung.

Ramai yang mempertikai syarat Aisyah mengkehendaki madunya tinggal serumah berkongsi suami dengannya dan keiklasannya berpoligami.

Menurut Aisyah apa yang dilakukan tidak mudah dilakukan oleh wanita lain, namun dia reda dan menganggap ada hikmah dengan kehidupan bermadunya.

Setakat ini mereka masih belum hidup bersama dan akan berbuat demikian mulai minggu hadapan.

Aisyah menasihat kaum wanita supaya tidak memandang poligami dari sudut negatif, sebaliknya harus melihat sebagai sesuatu yang istimewa berikutan dibenarkan oleh ajaran agama islam.

Sementara itu, Sahruni turut berazam menjadi isteri, madu dan ibu tiri yang baik berdasar tuntutan agama. - KitaReporters



14
12
0
6
1
You will be interested