Gaya Hidup 03 Nov, 2021

Video| Aneh tapi benar! Hujan hanya turun basahi sebuah kereta! Hujan di tempat letak kereta!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

/

Kenderaan lain di kawasan parkir tidak dibasahi hujan selain sebuah kereta. - Kredit foto: Sedutan dari IG @uryanriana.

Hujan apabila turun biasanya meliputi radius beberapa meter. Namun kejadian aneh berlaku apabila hujan hanya turun membasahi sebuah kereta.

Kejadian anehnya terjadi di sebuah kawasan letak kereta di Hotel Sunerra Antero, Jababeka, Cikarang, Bekasi, Jawa Barat pada Ahad, 31 Oktober 2021, kira-kira jam 12 tengah hari.

Peristiwa itu dirakam oleh Ketua Fraksi PKS DPRD Kabupaten Bekasi, Uryan Riana melalui telefon pintarnya. Dan ia menjadi tular apabila video peristiwa itu dimuat dalam akaun Instagramnya @uryanriana.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan hujan

Aneh apabila hujan hanya membasahi sebuah kereta di kawasan parkir kereta. Kredit foto: Suara.com



Klip video itu memperlihatkan hujan hanya turun pada sebuah kereta sahaja di tempat letak kereta itu. Kereta itu jenis Kijang Innova berwarna hitam.

“Saudara-saudara, ini hujan di mobil ini doang lihat nih, yang lain enggak ada yang hujan, cuman di mobil ini doang tuh. Masya Allah,” ujarnya dalam video tersebut dalam loghat  bahasa daerahnya.

Uryan turut sempat mengarah kamera telefon pintarnya ke atas kereta dan langit bagi meyakinkan tidak ada sebarang alat di atas kereta itu yang dapat menurunkan hujan.

Hujan hanya membasahi sebuah kereta di kawasan parkir. - Kredit foto: Sedutan dari IG @uryanriana.



Dalam keterangan dalam IG-nya, Uryan mengatakan, dia menghadiri majlis pelantikan pasukan petugas DPD PKS. Dan dia melihat kejadian aneh itu ketika menuju ke keretanya untuk pulang. 

Uryan masih tidak percaya peristiwa aneh yang dilihatnya. Namun dia percaya hujan membawa rahmat. 

Bagaimanapun dia terkilan tidak mencatat atau merakam nombor plat kereta itu untuk mengetahui siapa pemiliknya. - KitaReporters


16
18
0
12
0
You will be interested

Pesta Berakit raikan 3 hari penting! Hari Malaysia, Hari Sungai Sedunia, Hari Pelancongan Sedunia!

Sebanyak 44 pasukan berakit ambil bahagian dalam acara Pesta Berakit Kuala Krai 2022 yang berlangsung selama 2 hari pada 16-17 Sept 2022 di Dabong, Kuala Krai

Video| Semoga istiqamah! Aprena Manrose berniqab? Ikuti majlis ilmu! Peminat beri respons positif!

Aprena Manrose atau Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 29, nafikan sudah berniqab tetapi mohon orang ramai untuk doakan dia berubah dan istiqamah ke arah itu
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 4 hours ago

Video| Ada Getaran Cinta Di Jiwa Shila Amzah? Sharnaaz tonton live GV9! Bahan usikan Elly Mazlein!

Kehadiran Sharnaaz Ahmad antara beberapa selebriti yang hadir sebagai penonton pada minggu kedua pertandingan GV9 tarik perhatian ramai dan jadi bahan usikan
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 4 hours ago

Video| Allah lindungi anak aku! Rider tulis emergency contact pada beg! Bapa tersentuh, jadi sebak!

Seorang bapa berasa sebak lihat satu tulisan pada beg makanan GrabFood anaknya yang bekerja sebagai rider atau penghantar makanan turut jentik emosi orang ramai
Fitri Hazim in Gaya Hidup 7 hours ago

Video| Jangan jadi pak lahap sangat mak ayah! Buruk betul perangai! Ingat orang belakang jugak!

Tular video sejumlah pengunjung di sebuah ekspo jualan barangan bayi yang beli barangan dengan sangat banyak sehingga tidak beri peluang orang lain untuk beli
Nur Syamila Kamarul Arefin in Gaya Hidup 1 day ago