Seni & Sukan 30 Nov, 2021

Video| Pening tauke kedai! Kira seguni duit syiling! Beli motor guna syiling bernilai RM5,321!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


BENAR kata orang tua, tanpa satu sen tidak mampu jadi sejuta... mungkin bagi golongan muda bait-bait itu sekadar kata-kata kosong sahaja. 

Namun seorang lelaki Indonesia membuktikan kata-kata tersebut apabila menggunakan 'wang kecil' itu untuk membeli sebuah motosikal idamannya

Menariknya, wang syiling yang dikumpul itu mencecah RM5,321 dan digunakan bagi membayar motosikal secara tunai hasil tabungannya selama setahun.

Inilah berkatnya menabung! Pastinya kepuasan berganda kepada pembeli berkenaan.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan wang syiling


Duit syiling yang digunakan untuk membeli sebuah motorsikal. - Kredit foto: TikTok wawasuhenda


Lain padang lain belalangnya, lain tempat lain ragamnya. Mungkin kalau di Malaysia membayar sesuatu barang menggunakan duit syiling dalam jumlah yang banyak sama ada tidak pernah atau jarang berlaku. 

Namun di negara jiran Indonesia, perkara tersebut bukan sekali dua berlaku tetapi sudah banyak kali. Mereka gemar membayar secara tunai sama ada menggunakan wang kertas atau syiling walaupun jumlah bayaran mencecah ribuan ringgit. 

Situasi jelas menunjukkan masyarakat Indonesia merupakan warga yang rajin dan berusaha mengumpul demi mendapatkan sesuatu yang dihajati.



Kisah seorang lelaki yang membeli motorsikal secara tunai menggunakan seguni duit syiling menarik perhatian. 

Bayangkan harga motorsikal tersebut lebih kurang 18 juta rupiah atau RM5,321. 

Bukan sedikit duit syiling yang diperlukan!

Mahu pening tuan kedai mengira wang syiling sebanyak itu. 

Perkongsian menarik itu dimuat naik oleh akaun TikTok @wawasuhenda sebelum tular dalam media sosial.

Dalam video tersebut, kelihatan seorang pekerja membuka karung guni yang berisi wang syiling yang diletakkan dalam bungkusan plastik.

"Beli motor tunai dengan wang syiling Rp18 juta," tulisnya dalam video tersebut yang dipetik dari portal BeritaHits.id.



Setelah puas mengira wang syiling tersebut, didapati ia bernilai seperti harga motorsikal berkenaan.

Walaupun wang syiling, namun ia tetap sah atau laku dalam jual beli. Nak tak nak, akhirnya lelaki tersebut berjaya mendapatkan motorsikal idamannya. 

Dikhabarkan, dia menabung selama setahun semata-mata mahu membeli motosikal idaman hati. 

Bertepatan dengan pepatah hendak seribu daya tak nak seribu dalih atau sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Jadikan ia sebagai inspirasi untuk kita lebih berusaha mencapai cita-cita.

Lihat lelaki ini, sanggup menabung dan tidak melakukan perkara yang salah atau jalan singkat untuk mendapatkan barang idamannya. - KitaReporters


14
18
0
12
0
You will be interested