Seni & Sukan 27 Oct, 2020

Pak Kancil muncul juara! Liga Persahabatan Bola Sepak Setiu

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

KEJOHANAN Liga Bola Persahabatan Sepak Daerah Setiu yang dianjurkan Persatuan Pengadil Bola Sepak Daerah Setiu pada 23 Oktober 2020 yang lalu bukan sahaja untuk melatih serta membimbing bakal pengadil yang berpotensi untuk dilantik sebagai pengadil dalam setiap pertandingan di daerah itu pada masa akan datang. : KitaReporters


PASUKAN bola sepak Pak Kancil FC muncul sebagai juara  dalam Kejohanan Liga Persahabatan Bolasepak Daerah Setiu di Stadium Mini Sungai Tarom, Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu.


Lagi cerita-cerita berkaitan bola sepak:

https://kitareporters.com/search?search=bola+sepak 


Malah kejohanan tersebut yang disertai lapan pasukan itu juga dapat mengcungkil bakat-bakat pemain baru bagi mewakili pasukan bola sepak di daerah berkenaan. 

Dalam kejohanan liga bola sepak yang berlangsung selama dua minggu bermula pada 10 Oktober 2020 lalu di Stadium Mini Sungai Tarom, Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu, pasukan Pak Kancil FC muncul sebagai johan selepas mengalahkan pasukan bola sepak Buluh Permai FC memenangi naib johan.


NAIB Johan pasukan bola sepak Buluh Permai FC



Pengerusi Persatuan Pengadil Bola Sepak Daerah Setiu, Ismadi Ibrahim berkata, sebelum itu perlawanan kedua-dua pasukan itu berakhir dengan keputusan seri 1-1 sebelum diadakan sepakan penalti 4-2. 

Beliau berkata antara pasukan yang menyertai pertandingan liga persahabatan itu termasuk Bukit Derebar FC, Kampung Tasik, Beris Tok Ku, Banggol Sepadu, Kelab NGO Daerah Setiu dan Cahaya Ikhtiar.


ISMADI IBRAHIM


PERSATUAN Pengadil Bola Sepak Daerah Setiu yang mengendalikan Kejohanan Liga Persahabatan Bola Sepak Daerah Setiu bermula 10 Oktober 2020 hingga 23 Oktober 2020


``Di daerah ini banyak lagi pasukan bola sepak yang boleh menyertai kejohanan itu tetapi kami hanya memilih lapan pasukan yang berpotensi serta terbaik untuk diketengahkan dalam pertandingan itu.

``Ini kerana ketika ini wabak Covid-19 sedang melanda di negeri ini menyebabkan kita terpaksa mengurangkan jumlah penyertaan supaya kehadiran orang ramai untuk menyaksikan setiap perlawanan bola sepak dapat dikawal selain setiap pemain mematuhi SOP yang ditetapkan,’’ katanya ketika dihubungi hari ini, Selasa 27 Oktober 2020. 

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dalam program tersebut yang mendapat kerjasama Persatuan Bola Sepak Daerah Setiu telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan Persatuan Pengadil Negeri Terengganu, Azman Sulong. 

Turut sama hadir di majlis berkenaan ialah Penilai Pengadil FAM, Mat Lazim Awang Ahmad.


PEMENANG menerima hadiah


Ismadi memberitahu, menerusi program seumpama itu yang dianjurkannya, setiap pengadil yang mengadili setiap perlawanan sepanjang tempoh tersebut dapat dinilai serta kelemahan yang ada pada mereka akan dapat diatasi. 

``Sebab itu kejohanan liga bola sepak ini diadakan bukan untuk mencari pemain yang berbakat sahaja tetapi untuk melatih pengadil-pengadil yang mengendalikan perlawanan bolasepak,’’ ujarnya. - KitaReporters

3
0
0
0
0
You will be interested