Seni & Sukan 14 Feb, 2022

Video| Tengok-tengok siapa yang kena! Debaran bermula! Akhir AJL36 6 Mac 2022! 12 lagu bersaing!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


PERTANDINGAN akhir Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36)
, akan berlangsung pada Ahad, 6 Mac 2022 ini.

Stesen TV3 selaku penganjur membuat pengumuman pada Ahad, 13 Februari 2022, setelah ia tertangguh kira-kira sebulan daripada tarikh kebiasaannya pertandingan akhir AJL berlangsung ekoran wabak Covid-19

Pengumuman itu dilakukan menerusi program hiburan Melodi yang bersiaran secara langsung pada tengah hari Ahad, 13 Februari.

Acara tahunan berprestij untuk memartabatkan lagu terbaik itu berkonsep spektrum warna dan akan bersiaran dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL).


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Anugerah Juara Lagu (AJL)


AJL berubah konsep di mana daripada memberi penghormatan kepada pencipta lagu dan penulis lirik, kini lebih ditumpu kepada penyanyinya

Sebanyak 12 karya dipertanding iaitu Boneka (nyanyian Ernie Zakri), Pelukan Angkasa (SOG & Shila Amzah), Intan Payung (Noraniza Idris & Bunga), Purnama (Naim Daniel), Aewo (Shiha Zikir, Noki) ,Salahku (Yonnyboii), Mimpi (Haqiem Rusli), Lara (Hael Husaini, Naim Daniel, Haqiem Rusli), Angkara (Siti Nordiana), Cinta (Marsha Milan), Sepi (Aina Abdul) dan Nafas Cinta (Aina Abdul dan Khai Bahar.

Tumpuan lebih ditumpu kepada beberapa penyanyi untuk memperoleh kemenangan.




Ernie Zakri pasti tidak akan muncul kerana sedang sarat mengandung atau sedang berpantang pada tarikh itu. Sementara Noraniza Idris sudah pulang daripada melakukan umrah pada tarikh itu dan akan dapat kembali berduet dengan Bunga dalam lagu ‘Intan Payung’.

Tumpuan juga diberi kepada Aina Abdul terutama pada lagu duet dengan Khai Bahar iaitu ‘Nafas Cinta’.



Kemenangan juga disasar oleh tiga penyanyi muda yang sedang popular iaitu Hael Husaini, Naim Daniel dan Haqiem Rusli dengan menyasar lagu ‘Lara’.

Awal Ashaari, Sherry Alhadad dan Haziq Hussni akan menjadi hos program ini.

Juara AJL 36 akan menerima RM50,000, naib Juara RM35,000 dan ketiga RM20,000. Sementara untuk Vokal Terbaik RM12,000 dan Persembahan Terbaik  RM12,000.

Penyanyi manakah yang bakal menerima hadiah terbanyak kerana ada penyanyi yang turut menjadi pencipta lagunya. - KitaReporters


13
11
0
14
0
You will be interested