PENYANYI, Usop Mentor kini menghitung hari untuk melangkah ke gerbang perkahwinan bersama tunangnya, Nur Fatihah Md Hashim dijadualkan pada Februari 2022 setelah mengikat tali pertunangan tahun 2021 lalu.
Bagaimanapun,
perkongsian terbaharu tunang Usop menerusi akaun TikTok @TeHa Richer dengan keterangan 'hancur berkeping' memaparkan wajahnya lebam pada bahagian
bawah mata seolah terkena tumbukan ternyata mengejutkan peminat.
Keadaan wajah Nur Fatihah turut menyebabkan peminat serta netizen beranggapan model sambilan berusia 26 tahun itu ditumbuk oleh Usop Mentor atau nama sebenarnya, Muhammad Saiful Naim Mohd Nor, 25.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Usop
Usop mengikat tali pertunangan dengan Nur Fatihah pada November 2021. - Kredit foto: @kakiklikphotogrphy
Menerusi ruangan komen, Usop yang merupakan juara program Mentor Milenia 2017 bersumpah dia tidak memukul tunangnya itu.
Menjelaskan situasi sebenar, @TeHa Richer memaklumkan lebam pada mukanya akibat terhantuk bucu meja. “Sedih sebab nak kenduri tapi lebam tak hilang-hilang. Terhantuk buju mekap nok,” tulisnya.
Usop dan Nur Fatihah mengadakan majlis pertunangan secara tertutup di sebuah dewan berdekatan kediaman keluarga Nur Fatihah terletak di Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang pada 4 November 2021.
Mengimbas detik perkenalan, Usop terserempak dengan tunangnya di majlis rumah terbuka seorang rakan sebelum kemudiannya memulakan perkenalan dalam laman Instagram.
Meskipun pada mulanya, Nur Fatihah tidak melayan salam perkenalan dihulurkan namun akhirnya usaha serta kesungguhan Usop dapat memenangi hati wanita berkenaan.
Sementara itu menjengah ke ruangan komen, selain terkejut melihat wajah Nur Fatihah sehingga yang tersilap menyangkakan ia perbuatan Usop ada dalam kalangan netizen menitipkan ucapan semoga berbahagia kepada pasangan berkenaan. - KitaReporters