Setiap orang impikan kebahagiaan rumah tangga dan akan bersama sehingga akhir hayat. Bagi yang sudah lama berumah tangan, pelbagai tip akan dikongsi oleh pasangan tersebut. Tapi tip ini mesti tak digemari kaum Adam.
Terbaharu, pelakon dan usahawan terkenal, Aeril Zafrel telah memuat naik satu posting dalam media sosial miliknya di mana beliau berkongsi bagaimana dia dan isteri, Wawa Zainal bertahan dalam rumah tangga hampir 1 dekad.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan rumah tangga
Kredit foto: FB Aeril Zafrel
Apa tip Aeril? Senang je, bagi perempuan uruskan kewangan jika hendak bahagia. Buktinya? Dah 10 tahun bertahan dalam rumah tangga. Pasti tip ini berkesan.
Untuk lelaki di luar sana, jika hendak bahagia, boleh amalkan tip ini tapi awas, takut-takut nanti tak boleh terus nak 'berjoli' sakan seperti biasa sebab duit sudah dikontrol oleh si isteri.
Posting tersebut turut dikongsi oleh isterinya, Wawa Zainal dalam Instagram miliknya.
Dek repost oleh Wawa, dapat dilihat pelbagai reaksi netizen dan ramai juga yang cuba 'tag' pasangan masing-masing.
Bagi lelaki yang kena tag ini, mesti rasa tak senang duduk dah lepas ini memikirkan macam mana nak sorokan duit belanja nanti. - KitaReporters