Seni & Sukan 04 Jul, 2021

Apa cerita? Majikan suruh pekerja lari dari kawasan PKPD? Siap bawa beg pakaian, tilam lagi!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kebanyakan kawasan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dalam usaha membendung penularan COVID-19 di negeri tersebut. 

Disebabkan itu ada ditularkan satu video dalam media sosial ada terdapat segelintir penduduk di kawasan Petaling Jaya cuba bertindak untuk lari dari kawasan tersebut agar terlepas daripada terlibat dengan PKPD

Menurut perakam video yang menjadi tular itu, pekerja ini mendakwa mendapat arahan daripada majikan untuk membuat sedemikian. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan PKPD



Jika ikutkan apa yang diperkatakan oleh MKN, kilang yang berada dalam PKPD akan ditutup kecuali beberapa kilang yang dibenarkan oleh kerajaan untuk dibuka.  

Namun agak musykil jika kilang tersebut dibenarkan beroperasi, kenapa pekerja ini perlu membawa beg pakaian seakan-akan mahu pulang ke kampung? 

Adakah kilang ini akan operasi secara 'haram' atau dapat buka secara pintu belakang seperti PKP sebelum ini? 

Pekerja itu sendiri akui bahawa mereka sememangnya takut dan tidak mahu bergerak dari situ.



Bukan itu sahaja, mereka yang berkumpul di situ kerana bakal dijemput untuk bergerak ke kawasan baharu

Jika dilihat dalam video itu, mereka bawa peralatan lengkap siap ada yang bawa tilam lagi untuk bergerak ke satu kawasan baharu

Sama ada pindah ke rumah yang berada di luar kawasan PKPD atau mereka akan ditempatkan di asrama kilang



Ini baru satu kawasan dan hanya mewakili segelintir kecil pekerja kilang tersebut. Bagaimana pula mereka yang bekerja di kilang yang sama tetapi tinggal di kawasan lain. 

Apakah mereka juga akan melakukan tindakan sama seperti ini? 

Diharap pihak berkuasa dapat menyiasat kes seperti ini agar tidak berulang dan kerajaan patut bertindak lebih tegas kepada kilang yang degil dalam soal ini. - KitaReporters


0
0
0
0
5
You will be interested