Seni & Sukan 29 Apr, 2020

Fake news! JAKIM nafi keluar panduan sambutan Aidilfitri PKP

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

Dalam sekelip mata ramai yang berkongsi info grafik kononnya dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengenai panduan sambutan Aidilfitri semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam media sosial masing-masing tanpa usul periksa. Berikutan itu, JAKIM menerusi akaun media sosialnya menafikan telah mengeluarkan info grafik berkenaan. : KItaReporters

“Penafian : Tular panduan sambutan Aidilfitri PKP,” tulis JAKIM. 

Dalam info grafik yang tular itu, kononnya JAKIM telah memberi garis panduan sambutan hari raya Aidilfitri dalam tempoh PKP ini, yang memasuki Fasa 4 sehingga 12 Mei 2020.

Menurut info tersebut, garis panduan tersebut disediakan bertujuan untuk memberi penerangan kepada masyarakat awam khususnya umat Islam mengenai kaedah sambutan hari raya ketika PKP.


Malah, logo JAKIM turut disertakan sekali bagi mengukuhkan kepercayaan orang ramai bahawa panduan itu dikeluarkan oleh pihak JAKIM.



Antara lain, disertakan juga cara solat sunat Aidilfitri, takbir raya, rumah terbuka, ziarah raya dan ziarah kubur.

Sementara itu, netizen mengakui ramai yang berkongsi info grafik tersebut dan berharap orang ramai tidak berkongsi sesuatu yang tidak pasti.

“Tu la orang pesan, tak pasti jangan kongsi!!” tulis salah seorang netizen.

Netizen mendakwa info grafik berkenaan telah tular dalam media sosial.


Ini bukan kali pertama berlaku malah sudah banyak kali. 

Ramai orang sering berkongsi sesuatu yang tidak pasti kerana mahu menjadi yang pertama memuat naiknya dalam media sosial masing-masing,  sekali gus mendapat tanda suka yang banyak.

Jadilah netizen yang bertanggungjawab dan jangan sebar atau berkongsi berita yang tidak benar. - KitaReporters

0
0
0
0
0
You will be interested