Seni & Sukan 25 Feb, 2021

Video| Terbaiklah Digital Durian! Selepas Omar & Hana dalam bahasa Arab kini bahasa Urdu pula

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this


DIGITAL Durian telah membuktikan bahawa produk dan kepakaran rakyat Malaysia bukan sahaja diminati dalam negara, malah masyarakat luar negara juga amat merindui sentuhan tangan kreatif daripada rakyat kita.

Hanya dalam tempoh enam bulan selepas dilancarkan, iaitu pada Julai 2020, saluran YouTube siri animasi popular, Omar & Hana versi bahasa Arab terbitan Digital Durian telah berjaya merekodkan lebih 100,000 langganan.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Omar & Hana:

https://kitareporters.com/search?search=omar+%26+hana




Projek usaha sama Astro itu wajar mendapat pujian tinggi memandangkan terdapat lebih 20 juta jam masa tontonan dicatat dan ini membuktikan jenama kartun Melayu Islam itu mendapat sambutan hangat di pasaran antarabangsa.

Menurut sebuah kaji selidik yang diusahakan sendiri oleh Digital Durian terhadap ibu bapa kepada anak-anak kecil yang meminati siri Omar & Hana ini, masyarakat sekitar Timur Tengah dan Afrika Utara lebih gemar untuk mencari dan menonton kandungan yang berasaskan Islam untuk sajian anak-anak mereka di internet.

Ini mendorong Omar & Hana mudah diminati kerana ia menyampaikan elemen-elemen keIslaman dan budaya ketimuran dalam setiap segmen video terbitannya.

Berpandukan kepada data statistik berkenaan, adalah menjadi sebuah keputusan tepat untuk menghasilkan lebih banyak siri Omar & Hana yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab atau dalam versi bahasa tersebut.




Menurut Digital Durian juga, dalam banyak-banyak negara yang berminat dengan siri Omar & Hana ini, Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah tersenarai dalam 10 negara yang paling meminati kartun berkenaan.

Selain itu, timbul juga idea untuk menggunakan muzik instrumental yang bercirikan budaya Arab untuk pasaran video Omar & Hana bagi rantau berkenaan. 

Secara tidak langsung, ia mampu menambah rasa minat anak-anak Arab untuk menonton siri popular berkenaan.

 Seme3ntara itu, penerbit siri animasi Omar & Hana, Fadilah A. Rahman berkata, pihaknya mendapat permintaan yang cukup luar biasa daripada penonton Arab untuk siri animasi Omar & Hana khususnya dalam bahasa Inggeris, di samping bahasa Arab.

“Terima kasih kerana menyokong Omar & Hana bahasa Arab ini. Kami berharap agar dapat terus menyebarkan nilai-nilai murni ke seluruh dunia melalui kandungan Omar & Hana. 

"Teruskan menonton dan jangan lupa untuk melanggan saluran rasmi YouTube Omar & Hana,” katanya.



Video Omar & Hana versi bahasa Arab ditonton oleh kanak-kanak serata dunia dari lebih 50 negara, terutamanya di Arab Saudi, Turki, Iraq, Mesir dan Algeria.

Untuk rekod, Digital Durian telah menerbitkan siri Omar & Hana dalam empat versi bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Indonesia dan Arab.

Bagi menambah jajaran peminatnya, Fadilah mengumumkan bahawa Digital Durian bakal menerbitkan video dalam versi bahasa Urdu pula selepas ini.

"Sukacita dimaklumkan, penerbitan Omar & Hana dalam bahasa Urdu bakal disiarkan tidak lama lagi," katanya. - KitaReporters


1
0
0
0
0
You will be interested