SEKARANG ini musim panas yang melampau, ini membuatkan kita tidak dapat menahan bahang panas yang terpaksa ditempuh lagi-lagi bila berada di luar.
Selalunya, bagi melindungi diri daripada haba panas ini, ada antara kita yang akan membawa payung untuk melindungi diri. Namun, berbeza dengan pemuda ini, dilihat beliau membawa payung besar gara-gara cuaca panas sehingga ramai netizen geli hati dengan telatahnya.
Pemuda ini dilihat membawa payung yang cukup besar ketika berarak dalam sebuah perkahwinan yang dihadirinya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan payung
Video yang tular dalam Tiktok ini menyaksikan pemuda ini menggunakan payung Milo sehingga boleh melindungi semua orang yang ingin berteduh.
Jika dilihatkan daripada saiznya itu, ia bukan sahaja dapat melindungi pengantin yang tiba malah keseluruhan rombongan pengantin itu. Mungkin juga gara-gara cuaca yang terlalu panas, lelaki itu mengambil keputusan untuk menggunakan payung tersebut.
Meninjau dalam ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagatnya membawa payung itu. Malah ada yang berseloroh pastinya pemilik payung itu juga turut hairan apabila payungnya hilang dibawa lari.
Sementara itu, sejak kebelakangan ini varian baharu Covid-19, Omicron telah merebak dengan sangat pantas.
Namun ramai yang tidak mengetahui jika anda dijangkiti Covid-19, tindakan seterusnya yang perlu diambil adalah membuang berus gigi agar tidak mendatangkan mudarat dan ia akan memberi risiko orang lain yang menggunakan bilik mandi yang sama, lapor Health Shots.
Menurut Dr Anjana Satyajit yang bertugas di Hospital Artemis, Gurugram di India berkata berus gigi itu perlu dibuang dengan segera kerana virus Covid-19 mungkin masih ada lagi di situ.
"Virus ini boleh bertahan di permukaan plastik untuk jangka masa yang lama, jadi anda mesti membuang berus gigi untuk selamat.
"Ia bukan sahaja akan melindungi anda daripada dijangkiti semula tetapi juga akan melindungi ahli keluarga lain jika mereka menggunakan bilik air yang sama,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Anjana juga menjelaskan mengenai ulser gingiva dan mulut kering yang dipercayai berlaku selepas dijangkiti Covid-19.
“Masalah gingiva boleh meningkat disebabkan oleh tindak balas imun yang ditindas dan kekurangan kebersihan mulut yang betul pada pesakit yang terlalu terseksa untuk mengekalkan rutin kebersihan mulut yang baik.
“Mulut yang kering akan meningkatkan lagi pertumbuhan bakteria dan ulser mulut,” jelasnya. - KitaReporters