Seni & Sukan 14 Dec, 2020

Video| Cliff juara GV7! Mujur tak tersingkir separuh akhir!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

TIADA kejutan terjadi dalam final Gegar Vaganza 7 (GV7) di Astro Ria Malam tadi, Ahad, 13  Disember 2020 seperti pada peringkat separuh akhir, dan keputusan dipersetujui kebanyakan penonton. Ketujuh-tujuh peserta memperlihatkan kesungguhan untuk memberikan persembahan terbaik dan menghiburkan dengan Cliff Umar, yang sepatutnya tersingkir pada separuh akhir, muncul juara. : KitaReporters 


Cliff Umar (tengah), Muss (kiri) dan Ayu Damit. - Kredit foto: IG astrogempak.

Lagi kisah-kisah berkaitan Gegar Vaganza:

https://kitareporters.com/search?search=gegar+vaganza


GV7 boleh dianggap final terbaik berbanding musim-musim sebelumnya dengan mutu persembahan peserta yang meningkat.

Ia menjadikan persembahan final GV7 selama lebih 3 jam ini menghiburkan penonton.

Komen jujur para juri iaitu Datuk Ramli M.S, Datuk Khadijah  Ibrahim, Datuk Shafinaz Selamat dan Joe Flittzow selepas persembahan setiap peserta  dapat membuat penonton meneka kedudukan mereka.


Noraniza Idris di tempat keempat

Linda Nanuwil di tempat kelima.

Cliff Umar atau nama sebenarnya Abdullah Umar Joseph Abdullah, 38, ternyata ingin membuktikan bahawa dia sebenarnya seorang penghibur yang berkeupayaan.

Para juri terpikat apabila penyanyi kumpulan Pistol ini muncul dengan wajah Joker ketika membawakan lagu solo dan duet dengan Noryn Aziz melalui lagu ‘I’d Do Anything For Love’ .

Dia memang layak dianugerah gelaran juara GV7 dan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.

Bagi Cliff Umar, dia terlihat ingin membuktikan bahawa dengan meletakkan dirinya sebagai peserta di kedudukan terakhir pada peringkat separuh akhir adalah salah.


OJa di tempat keenam

Ashira tempat ketujuh


Cliff Umar perlu mengucap terima kasih kepada pihak pengendali GV7 kerana tidak menyingkirkannya walaupun menerima markah terendah di peringkat separuh akhir pada minggu sebelumnya.

Dengan kesempatan itu dia  membuktikan bahawa dirinya berbakat istimewa dan perlu diketengahkan sebagai penyanyi solo bertaraf penghibur ketika sudah berusia 38 tahun.

Kerana keputusan ‘luar biasa’ dpada peringkat separuh akhir ini menyebabkan Clif Umar berjaya membuktikan kemampuan luar biasanya ketika berada pada peringkat akhir.

Cliff Umar memperoleh markah 71.42, Muss (67.51), Ayu Damit (67.45), Noraniza Idris (64.23), Linda Nanuwil (63.28), Oja (61.7) dan Ashira (60.9).

Cliff Umar memberi persembahan bertenaga dan diumum sebagai juara GV7.


Penonton semakin terhibur pada bahagian ‘battle’ kerana mereka juga perlu menyanyi dan beraksi dengan gaya rap/hip hop. Mereka menyanyi dan beraksi dengan gaya tersendiri. 

Joe Flizzow yang menjuri bagi bahagian ‘battle’ ini memuji kreativiti mereka menyanyi dan mengayakan lagu yang  mempunyai unsur rap/hip hop.

Joe Flizzow yang juga penyanyi hip hop turut mengucap terima kasih kepada GV7 kerana memasukkan unsur rap/hip hop dalam bahagian ‘battle’ yang secara tidak langsung membantu mempopularkan genre muzik ini.

‘Dalam bahagian ‘battle’ ini, Muss paling menonjol dengan tubuh kateknya menyanyi dan menari gaya rap/hip hop  melalui  lagu ‘Inilah Nasibku’ yang dipopular oleh Nico.



Lagu ‘Inilah Nasibku’ didendang penuh bersemangat oleh Muzz, Oja dan Cliff Umar.

Namun Muss (Mustaffa Din), 52, yang merupakan bekas vokalis kumpulan rock May ini lebih menonjol bagi melayakkan veteran rock ini menduduki tempat kedua GV7.

Ayu Damit yang tidak pernah menduduki tempat teratas dalam episod-episod memperlihatkan kebolehan lama yang pernah menjuarai rancangan One  In A Million (OIAM) musim-2 pada tahun 2008 yang dianjur oleh ntv7.

Ketika itu dia mengalahkan dua penyanyi popular iaitu Shila Amzah dan Siti Sarah Raisuddin. Kini dia berjaya menduduki tempat ketiga GV7.

Kejayaan Noraniza Idris, 52, muncul sebaga pemenang keempat adalah satu kejayaan peribadi untuknya. Dia menyertai GV7 pada saat akhir dengan tujuan untuk mermartabatkan irama pop tradisional/alternatif di Malaysia.

Noraniza menggunakan kesempatan itu dengan membawa lagu berunsur pop tradisional dengan cara tradisinya dengan menggunakan sejumlah penari dan pakaian tradisionalnya.

Dia kelihatan lebih bermaya apabila mendapat lagu jenis sedemikian dan Datuk Syafinaz berkata dia mampu memberi persembahan yang baik apabila mendapat lagu yang sesuai dengan minatnya.

Berakhirnya GV7, bakal menjadi rezeki baru bagi para peserta yang sudah malap rezekinya untuk kembali mencari rezeki dalam bidang nyanyian.

Kita menantikan kemunculan GV8 hujung tahun 2021. Apakah sensasi yang bakal dilakukan? - KitaReporters



0
0
0
0
0
You will be interested