Seni & Sukan 02 Sep, 2021

Video| Basuh duit kertas RM50 elak virus Covid-19! Tindakan wanita ini dapat pujian! Terbaik!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


BANYAK keadah yang diguna pakai untuk memutuskan rantaian Covid-19 agar ia tidak mudah merebak, antaranya menggunakan sanitizer setelah pulang dari luar dengan menyembur anggota badan dan barangan yang dibawa pulang untuk mencegah Covid-19.

Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh @afizutara dalam Tiktok memaparkan seorang wanita warga emas dilihat sedang membasuh wang kertas RM50 menggunakan air paip yang berdekatan dengan kedainya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan wang kertas




Dilihat daripada video tersebut, lelaki ini sedang membeli rokok dari kedai wanita berkenaan dan sedang menunggu baki wangnya dipulangkan sambil menunggu di atas motornya. 

Sambil menunggu wanita tersebut, lelaki ini merakam sambil memberitahu wanita ini akan membasuh wang yang diberinya.

Wanita ini dilihat sedang membasuh wang RM50 tersebut untuk mengelakkan daripada jangkitan Covid-19. Lelaki ini memberitahu setiap pelanggan yang membeli barang di kedai wanita itu, wang tersebut akan dibasuh terlebih dahulu.



Video tersebut telah membuatkan ramai netizen terkejut dengan tindakan wanita ini. Malahan ada dalam kalangan mereka yang memuji tindakan pencegahan wanita ini.





Bagusnya wanita ini! Ini adalah salah satu inisiatif yang dilakukan olehnya untuk memutuskan rantaian Covid-19

Jadi janganlah kita semua memandang rendah akan tindakan yang dilakukannya. Ingatlah, virus tak bergerak, kita yang bergerak. - KitaReporters

0
0
0
0
0
You will be interested