Gaya Hidup 13 Jun, 2021

Angkara kluster raya di Kampung Matang, Kampung Tengkawang! Kini Kampung Tajin dikenakan PKPD!

@noor hayati mamat
Mendapat pendidikan tinggi di Universiti Sains Malaysia dalam bidang Komunikasi (Filem dan Penyiaran). Mula menceburi dunia kewartawanan pada Mac 2006 sebagai wartawan akhbar.

Share this


JIKA Felda Tersat, Ajil jadi Felda pertama di Hulu Terengganu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Kuala Berang ‘muncul’ mukim pertama dan kini Tajin, kampung pertama dikenakan penguatkuasaan PKPD itu.

Pelaksanaan PKPD Kampung Tajin di Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu berkuat kuasa bermula 12 Jun hingga 25 Jun 2021 semuanya angkara kluster berkaitan pergerakan semasa sambutan Aidilfitri 2021 yang berlaku di Kampung Matang dan Kampung Tengkawang.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan PKPD


Akibat daripada penularan jangkitan kedua-dua kluster itu seramai 502 orang penduduk telah disaring dan 31 orang dilaporkan positif Covid-19 dengan kadar positiviti direkodkan ialah 6.17 peratus manakala 57 orang sedang dikuarantin.

Belum sempat penduduk menarik nafas lega setelah PKPD Mukim Kuala Berang tamat pada 11 Jun 2021, Kampung Tajin yang terletak di mukim berkenaan dikenakan penguaktkuasaan sama bagi kekang penularan  Covid-19 daripada terus berlaku.

Pelaksanaan  PKPD tersebut sekali gus menyaksikan seramai 1,403 penduduk yang sektor ekonomi utama mereka berasaskan pertanian dan perladangan terlibat. 


Mohd Adli Mat Daud (kiri) memperkatakan sesuatu kepada pegawai dan anggotanya sewaktu persiapan SJR dilakukan susulan pelaksanaan PKPD Kampung Tajin 


Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Mohd Adli Mat Daud berkata susulan penguatkuasaan PKPD Kampung Tajin, polis melakukan tiga sekatan jalan raya (SJR) di laluan keluar masuk kampung berkenaan sepanjang tempoh PKPD.

Menurutnya, lokasi SJR sepanjang 24 jam sehari  bertempat di Kilometer (KM) 3 dan 6 Jalan Gaung-Kuala Ping serta KM 8 Jalan Kuala Berang-Tajin-Telemong  dengan melibatkan kekuatan pegawai dan anggota bertugas seramai 70 orang.

“Selain polis, penugasan bagi SJR ini turut melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela). Tiada jalan tikus dikenal pasti untuk keluar masuk ke Kampung Tajin yang terletak kira-kira 8.9 km dari Bandar Kuala Berang.

“Kampung ini terletak di laluan utama Bandar Kuala Berang-Sungai Tong, Setiu dan orang awam  atau penduduk sekitar boleh gunakan laluan alternatif iaitu melalui jalan persimpangan Kuala Ping atau Kampung Kepah menuju ke Kuala Pueh- Gaung-Kuala Berang,” katanya.

“Susulan pelaksanaan PKPD ini, penduduk diharapkan mematuhi prosedur operasi standard(SOP) dan hanya keluar rumah bagi tujuan penting sahaja. Orang luar dilarang masuk ke kawasan Kampung Tajin kecuali dengan kebenaran pihak berkuasa,” katanya.


Peta laluan alternatif boleh digunakan penduduk atau pengguna jalan raya bagi laluan Kuala Berang - Tasik Kenyir/ Sungai Tong, Setiu 


Notis lencongan jalan untuk ke Bandar Kuala Berang di Kampung Kepah, Hulu Terengganu. Kredit foto: FB Mohd Nasrun Abdullah 


Tambah Mohd Adli, bagi penduduk kampung di laluan Tajin-Imam Lapar mereka boleh melalui  Kampung Tajin untuk ke Bandar Kuala Berang  namun perlu daftarkan diri di SJR sebelum masuk ke kawasan PKPD dan dikehendaki kemukakan bukti tujuan sebelum keluar.

Sementara itu, untuk info, PKPD Felda Tersat dilaksanakan pada 4 Februari hingga 17 Februari 2021 lalu, manakala PKPD Mukim Kuala Berang yang membabitkan 23 buah kampung dengan jumlah penduduk sekitar 17,000  pada 29 Mei hingga 11 Jun 2021. -KitaReporters



0
0
0
0
2
You will be interested

Video| Sheessh! Apa maksud perkataan viral ini? Forceparkbois jadikan judul lagu Sheessh Flow!

Perkataan sheessh yang viral dalam media sosial jadi ilham kepada kumpulan hip hop dikenali Forceparkbois (FPB) untuk hasilkan single terbaharu Sheessh Flow

Fariza Saidin in Gaya Hidup 2 days ago

Aryan Khan hidup menyendiri! Tak mandi, tak makan dalam penjara! Shah Rukh Khan, Gauri bimbang!

Aryan Khan, 23, anak Shah Rukh Khan kini hidup menyendiri dalam penjara, tak mandi dan tak jamah makanan disediakan. Ini membimbangkan penjara serta SRK, Gauri
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 1 hour ago

Tolong kami! Bantu Pondok Bidayatul Hidayah Kundasang! Bina surau baharu demi keselamatan pelajar

Pondok Bidayatul Hidayah (PBH), Kundasang, Sabah memohon sumbangan untuk pembinaan surau baharu. Kewangan yang ada belum mencukupi.
Rosdi Ismail in Gaya Hidup 9 hours ago

Video| Urban Method kembali setelah 'koma' 15 tahun! Lahirkan 'Domo Arigato' tanda terima kasih!

Kelahiran semula kumpulan hip hop, Urban Method diibaratkan seperti terjaga daripada koma 15 tahun dan dengan peluang kedua diberikan itu lahirnya Domo Arigato
Fariza Saidin in Gaya Hidup 23 hours ago

Terima kasih JPKD Kemelah, PKP Segamat! Penghantar makanan sekitar Segamat dapat minyak percuma!

Lebih 100 penghantar makanan di sekitar Segamat mendapat minyak motorsikal percuma melalui penganjuran Program Isi Minyak Motor Percuma anjuran JPKD Kemelah
Mohamed Sa'ari in Gaya Hidup 1 day ago