Seni & Sukan 27 May, 2021

Video| PKP 3.0 penuh vs PKP 3.0 diperketatkan! Kes terus meningkat! Pilihan pada tangan rakyat!

@rashidah ibrahim
Bermula di Berita Harian sebagai wartawan di meja berita am 1985, diikuti Berita Minggu, meja mahkamah dan pendidikan sebelum ke majalah Anjung Seri (1993-2015). Jawatan terakhir Timbalan Editor. Meneraju variaseri.com youtube Anjung Destinasi TV.

Share this


KEPUTUSAN mengenai pelaksanaan tahap PKP di negara ini sudah pun kita ketahui daripada pengumuman kerajaan, iaitu tiada PKP penuh kecuali PKP 3.0 diperketatkan di seluruh negara

Kenyataan Majlis Keselamatan Negara (MKN), perbezaan adalah memperketat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa, selain sekatan lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid-19. Itu adalah tambahan SOP PKP 3.0 sejak 12 Mei 2021 lalu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan PKP 3.0



Apa kata rakyat?

  • Biar derita dahulu daripada derita yang tiada kesudahannya. PKP apa pun, rakyat amat terkesan. Lebih baik total lockdown dikuat kuasa, bukan PKP bersiri yang tidak berpenghujung, tulis seorang netizen dalam laman FB sebuah akhbar arus perdana. Netizen bernama akaun Suryadi Muhammadeng, mahu PKP penuh dilaksanakan.
  • Komen seorang lagi, "Semua Self lockdown je la, tak yah sibuk nak suruh kerajaan buat total lockdown boleh sebabkan lagi ramai hilang kerja." Netizen, Aida Dacul, bersetuju dengan tindakan kerajaan tidak melaksana PKP penuh.   
  • Rakyat nak lockdown, ni memang nak rakyat mati kan, ya Allah tolonglah !!!! Apa masalah kerajaan ni, ya Allah sumpah aku nak nangis?  Dari dulu la ekonomi lagi penting dari nyawa ke? (Tak puas hati dia).
  • "Kerajaan bagi bantuan RM3K pukul rata kepada semua rakyat. Tiada seorang pun keluar bekerja. Yang boleh keluar, polis tentera dan kakitangan hospital, buat untuk sebulan, tak ada yang kelaparan," kata seorang lagi. Pendapat ini meletak syarat/tanggungjawab kepada kerajaan untuk memberi bantuan kepada semua rakyat kalau PKP penuh di seluruh negara diadakan. 





Bab bantuan wang ni pendapat penulis, tak perlu bagi sama pukul rata, bantu yang (akan) kehilangan sumber pendapatan secara total saja dan yang betul-betul akan terputus makanan.

Perdana Menteri telah menjelaskan kenapa PKP penuh tidak dilaksana, ada yang boleh terima dan ada yang masih meminta lockdown (perintah berkurung). 


Peraturan mengehadkan jumlah jemaah dan langkah menutup terus masjid berikutan PKP, sentiasa menjadi perdebatan ramai. 


Banyak lagi komen netizen berikutan pengumuman terbaru PKP yang rata-rata semua sudah tahu, tiada total lockdown sebagaimana diumum biarpun tindakan siri PKP 1.0 dulu didapati berjaya dan dipuji melangit oleh ramai termasuklah oleh mereka dari luar negara.  

Malangnya kemudian virus Covid-19 mula merebak semula yang dikatakan berpunca daripada pelaksanaan Pilihan Raya Negeri Sabah 2020. Hakikat itu kekal diingati rakyat, kerajaan dipertanggungjawab dan terus diungkit.


Mereka yang ada simpanan di bank, rata-rata memilih PKP penuh, manakala yang bependapatan harian dan tiada simpanan wang bertegas minta dibenarkan bekerja dan perniagaan mereka diteruskan.  


Mengenai pengumuman PKP 3.0 diperketatkan, ada dua pendapat rakyat, iaitu yang menyokong diadakan secara penuh dan ada yang tidak mahu. Kedua-dua pendapat sama banyak.

Yang setuju, tentulah mereka yang ada  simpanan kewangan, termasuklah yang bergaji tetap setiap bulan.

Yang tak setuju adalah mereka bergantung kepada sumber pendapatan harian seperti peniaga kecil,  tiada simpanan. 



Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob PKP penuh tidak dilaksanakan mengambil kira nasib golongan ini, jika dilaksanakan, mereka akan hilang pendapatan lagi, di samping turut mengambil kira kegiatan perniagaan syarikat besar termasuklah gedung jualan dan pasar raya.

Beliau mendedahkan kesan PKP 1.0, kepada beratus ribu hilang pekerjaan dan pendapatan, ditambah banyak kes masalah mental termasuk bunuh diri yang tidak dihebahkan. 

"Ini yang kita nak jaga, supaya rakyat tidak menderita. Ada keluarga makan nasi dengan air garam saja untuk hidup, ini perkara benar berlaku dalam kalangan B40," katanya.

Menurut beliau, ramai kata, tutup saja syarikat industri besar, jika tak dibenar berniaga, mungkin syarikat ini akan gulung tikar, kesannya bukan pada syarikat itu saja malah pada pekerja. 


Sektor ekonomi masih dibuka untuk mengelak rakyat menderita dan terkesan teruk sehingga murung sampai tidak mahu hidup lagi. - Kredit foto:  Alex Green dari Pexels


Beliau dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berulang kali merayu rakyat agar kekal duduk di rumah, dan amalkan lockdown kendiri. Jom kita bantu putuskan rantaian Covid-19 dengan mengamalkan lockdown kendiri!!! Bersabar untuk selama 2 minggu saja. - KitaReporters



0
0
0
0
0
You will be interested