Seni & Sukan 05 Jun, 2021

Berita Terkini| Suami isteri ditahan! Disyaki dera budak 10 tahun! Rotan sampai luka, berbirat!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


POLIS menahan pasangan suami isteri berusia 34 dan 35 tahun selepas disyaki mendera budak lelaki berusia 10 tahun di Felda Raja Alias Empat, Jempol.

Ketua Polis Daerah Jempol Hoo Chang Hook berkata, mangsa dipercayai dipukul oleh isteri suspek menggunakan rotan sehingga luka dan berbirat pada bahagian badan selepas mangsa membaling batu ke rumah orang.

Pasangan suami isteri ditahan pada 4.10 petang Jumaat, 4 Jun 2021 selepas polis menerima laporan kejadian daripada orang awam pada 9.45 pagi hari yang sama.

Memetik laporan Harian Metro pada Sabtu, 5 Jun 2021, mangsa adalah anak bongsu daripada empat beradik dan tinggal bersama suspek selepas kematian ibu bapanya.

“Suspek lelaki adalah abang kandung berlainan bapa kepada mangsa,” katanya,

Mangsa kini dihantar ke Hospital Jempol untuk rawatan lanjut dan kedua-dua suspek akan direman, kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


SUSPEK dikatakan merotan mangsa sehingga luka dan meninggalkan kesan di bahagian badan kanak-kanak berkenaan. kredit Foto freemalaysiatoday.

0
0
0
0
4
You will be interested