Seni & Sukan 01 Jun, 2021

Berita Terkini| Surat kebenaran yang dikeluarkan MITI dilengkapi kod QR! Bukti ketulenan surat!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


SURAT kebenaran beroperasi yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 akan dilengkapi dengan kod respons pantas (QR code).

Senior Asisten Komisioner (SAC) Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, M V Srikumar M Nair berkata, kod berkenaan akan diimbas oleh polis di sekatan jalan raya bagi memastikan surat yang ditunjukkan itu adalah tulen.

"Apabila kod berkenaan diimbas (pautan berkenaan) akan meminta satu nombor kod yang mana hanya pihak polis sahaja mempunyai kod berkenaan.

“Apabila kita memasukkan nombor kod itu, maka kita akan dapat tahu sama ada surat itu betul,” katanya seperti dipetik oleh Bernama, 1 Jun 2021.

Dalam pada itu, beliau menolak dakwaan wujudnya layanan dwistandard terhadap kebenaran merentas negeri dan daerah terhadap mana-mana individu atau kumpulan seperti mana yang didakwa sesetengah pihak.

"PDRM tidak melihat golongan kayangan atau sebaliknya... jika mempunyai dokumen yang sah dan bukti (kukuh), maka (permohonan rentas daerah atau negeri) adalah dibenarkan," katanya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
0
0
0
You will be interested