Seni & Sukan 12 May, 2021

Di Singapura dah boleh! Di London pun boleh! Solat Hari Raya Aidilfitri 3 sesi di Pulau Pinang!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


HARI ini, Rabu, 12 Mei 2021, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) telah membuat satu pengumuman khas untuk rakyat di Pulau Pinang berkenaan solat raya yang bakal diadakan pada keesokan hari, Khamis, 13 Mei 2021.

Bagi memenuhi tuntutan solat Hari Raya Aidilfitri setahun sekali ini untuk umat Islam menyambut hari kemenangan setelah sebulan berpuasa di samping mengawal penularan pandemik COVID-19, rakyat di negeri itu boleh menarik nafas lega apabila kerajaan negeri telah bersetuju membenarkan solat raya sebanyak 3 sesi diadakan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan solat


Perkara solat bergilir-gilir ini sudah pasti memberi peluang lebih ramai orang datang untuk solat Hari Raya Adilfitri.  Meskipun begitu, prosedur operasi standard (SOP) ketat perlu dipatuhi setiap jemaah yang hadir.

Perlu diingatkan juga kepada rakyat Pulau Pinang bahawa setiap sesi untuk solat ini hanya berlangsung 45 minit dan berehat seketika selama 30 minit sebelum mula semula solat raya.

Ini bagi memberi ruang untuk pihak berkuasa melakukan sanitasi semula masjid daripada virus COVID-19 agar selamat digunakan.



3 sesi yang ditetapkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang adalah:

  • Sesi pertama - 8.30 pagi - 9.15 pagi
  • Sesi kedua - 9.45 pagi - 10.30 pagi 
  • Sesi ketiga - 11.00 pagi - 11.45 pagi. 


Kepada rakyat di Pulau Pinang, harap semua boleh merancang sebaik mungkin sesi mana hendak pergi agar tidak sesak dan boleh solat secara berjemaah di masjid mahupun surau.

Boleh dikatakan ini adalah perkara yang jarang berlaku di Malaysia sesi solat bergilir-gilir diadakan sebanyak 3 sesi, namun kita tahu keadaan ketika ini menyebabkan peraturan perlu digubal mengikut keadaan semasa.



Namun begitu, Singapura telah terlebih dahulu memutuskan untuk mengadakan solat 3 sesi ini sebelum Pulau Pinang mengambil contoh dari negara itu.

Selain itu Persatuan Islam London Utara (IANL) turut mengemukakan jalan penyelesaian yang sama bagi membolehkan lebih ramai orang Islam menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri ini ketika wabak COVID-10 melanda keseluruhan kepulauan Great Britain itu.

Selain itu, Melaka dan Pahang juga membenarkan solat raya diadakan mengikut keluasan masjid mahupun surau di tempat tersebut.

Kerajaan Malaysia sebelum ini menetapkan masjid hanya boleh solat seramai 50 orang manakala 20 orang pula untuk surau. - KitaReporters



1
0
0
0
0
You will be interested