Seni & Sukan 15 Apr, 2020

KAMI RAYU!! WANG RM200 BAGI PELAJAR SKM 1-3

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

PERSATUAN Alumni Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (Alumni ILKBS) merayu kepada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk mempertimbangkan bayaran RM200 juga diberikan kepada semua pelajar Sijil Latihan Kemahiran (SKM) tahap 1 hingga 3 dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang diumumkan baru-baru ini.  : KitaReporters

Pelajar-pelajar baru mengadakan dailog dengan Presiden Persatuan Alumni ILKBS, Samsudin Oli.


Presidennya Samsudin Oli Mohamed dalam kenyataan kepada pihak media berterima kasih kepada kerajaan kerana memberikan bantuan sejumlah RM300 juta secara ‘one off’ bagi pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan Institut Latihan Kemahiran (ILK) termasuk pelajar tingkatan enam, diploma dan setara.

Bagaimanapun Alumni IKLBS dukacita dan terkilan kerana pelajar SKM dalam kategori tahap 1 hingga 3  tercicir daripada senarai penerima bantuan

Ini kerana bantuan RM200 itu hanya diberi kepada pelajar SKM pada tahap 4 dan 5 iaitu bertaraf diploma

Kata Samsudin, berdasarkan kelayakan, kategori pelajar SKM tahun 1 hingga 3 adalah setaraf atau lebih tinggi daripada pelajar tingkatan enam sekolah di semua sekolah kerajaan yang turut layak menerima bantuan itu.

Semua pelajar baru IKBN kena ada gaya rambut sama macam askar.


"Kita seolah-olah menganiaya pelajar ini yang kebanyakan dari keluarga di bawah kategori B40 kerana kerajaan tidak diberi maklumat lengkap tahap-tahap yang dilalui pelajar di kolej kemahiran.

"Oleh itu, saya merasakan pelajar SKM tahap 1 hingga 3 layak mendapat RM200 kerana kini lebih 3,000 pelajar di tahap ini dan rata-ratanya berumur 18 hingga 30 tahun

"Mereka kini melanjutkan pengajian di 22 buah ILKBS di seluruh negara," sambungnya lagi.

Memandangkan situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki tahap tiga sudah pasti pelajar ini memerlukan sumber kewangan bagi kegunaan pelajar atau membantu meringankan beban keluarga mereka.

Beliau mengulas mengenai pengumuman sebelum ini Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang memaklumkan pelajar TVET SKM 4 atau Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) akan turut menerima RM200 itu.

Samsudin berharap pihak kerajaan akan mempertimbangkan permohonan ini dan membantu pelajar SKM tahun 1 hingga 3 memandangkan kebanyakan dari kawasan luar bandar.


Sementara itu, Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) turut melahirkan dukacita apabila Kementerian Pendidikan tidak menyenaraikan pelajar SKM tahap 1 hingga 3 untuk menerima bantuan itu.

Dalam surat rayuan kepada Menteri Kewangan, Setiausaha Agung PKPB, Mohamad Rizan Hassan berkata PKPB berterima kasih kepada kerajaan kerana memanjangkan bantuan RM200 itu kepada pelajar IPT, ILK termasuk pelajar tingkatan enam, diploma dan setara. 

Katanya, dalam Aliran TVET dan ILK yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di Kementerian Sumber Manusia, majoriti pelajar paling ramai yang mengikuti kursus SKM 1-3  berusia 16 hingga 25 tahun. 

Beliau turut mengesahkan pelajar ini dari keluarga berpendapatan rendah (B40), penerima bantuan asnaf, zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Malah ada pelajar ini dibiayai oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), mereka yang tercicir akademik, dibuang sekolah, bekas juvana dan yang dihantar oleh agensi kerajaan seperti Malaysian Indian Tranformation Unit (MITRA) dan Peningkatan Kapasiti dan Kumpulan Kapabiliti Kumpulan Khusus (PPKK)," katanya.

Sehubungan itu PKPB memohon kerajaan meneliti semua pemberian bantuan itu agar pelajar SKM tahap 1 hingga 3 ini dapat menikmati sama bantuan RM200 berkenaan sebagai sokongan kepada perjuangan membaiki taraf hidup mereka. - KitaReporters



21
1
0
1
1
You will be interested