Seni & Sukan 20 Apr, 2020

TELEFON NABILA RAZALI ‘HANG’!! MATILA NAKKK!!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this

PENYANYI Nabila Razali mendedahkan dia menerima puluhan ribu mesej daripada peminat setelah berkongsi nombor telefonnya dalam media sosial. Nabila berkongsi nombor telefon peribadinya kerana telah berjanji akan berbuat demikian sekiranya lagu terbaharunya berjudul ‘Peluang Kedua’ menerima satu juta tontonan dalam laman Youtube. : KitaReporters


nabila.razali: MATILA NAKKK!!! 😭😭😭 #PELUANGKEDUA #HENFONMELETOP


Tindakannya itu mengundang padah, sekali gus menyebabkan telefon pintarnya ‘hang’ (tersangkut).

Nabila berkongsi kejadian tersebut dalam Instagramnya dan meminta peminatnya bersabar.

“Matila nakkk!!!#peluangkedua #henfonmeletop. Korang sabar jabbb!!! phone Bella dah hanggg!!! Korang pi layan youtube dulu please!!! Tulisnya.

Rata-rata peminat yang menghantar mesej dan cuba menghubunginya kerana tidak percaya nombor yang diberikan itu adalah nombor miliknya.


Sementara itu, rakan-rakan artis turut bergurau dengan Nabila mengenai hal tersebut. Antaranya ialah penyannyi dan pelakon Amira Othman.

“Buat hallah kau ni,” tulis Amira dalam ruangan komen.

Bagi yang masih ‘blur’ atau tidak tahu apa yang berlaku, Nabila baru sahaja melancarkan single kelimanya itu pada Khamis, 16 April 2020.


Lirik video yang telah dimuat naik dalam Youtube itu mendapat lebih 1,000 nyanyian semula (cover version).

Lagu hasil ciptaan Hael Husaini itu boleh didengari dalam semua platform digital pada Jumaat, 24 April 2020. - KitaReporters

nabila.razali: Alhamdulillah, #PeluangKedua reached 1 MILLION VIEWS TODAY!!! Bella syukur sgt korang dapat terima lagu ni walaupun baru dilancarkan 2 hari lepas 🥺 You guys are amazing! Terus support Bella okay! ♥️ .

14
0
1
0
0
You will be interested