Seni & Sukan 22 Apr, 2022

Perlawanan ACL 2022: Sama hebat sama handal! Tapi JDT terus unggul! 0-0 dengan Kawasaki Frontale!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Kredit foto: Team Malaysia


JOHOR Darul Ta'zim (JDT) terus mengekalkan rekod tanpa kalah apabila terikat 0-0 bersama Kawasaki Frontale dari Jepun dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) bagi Kumpulan I yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.

Keputusan seri ini membolehkan JDT terus kekal sebagai pendahulu untuk Kumpulan I dengan 7 mata dan mengekalkan rekod tanpa kalah untuk pusingan pertama.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Liga Juara-Juara Asia


Pujian harus diberikan kepada wakil tunggal Malaysia ini kerana mempamerkan aksi yang bertenaga biarpun permainan tidak secantik perlawanan sebelum ini

Malah JDT juga berjaya mengekang asakan demi asakan dari pemain Kawasaki Frontale sehingga menyukarkan mereka untuk bergerak bebas bagi mencipta jaringan dalam perlawanan ini.



Secara jujur, respect kepada ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora yang dilihat tidak bermain bertahan dan terus mempamerkan aksi 'open play' dalam memburu jaringan

Perkara ini boleh dilihat ketika mereka melakukan pertukaran di mana kesemua pemain yang dibawa masuk adalah lebih terarah untuk menyerang dan bukannya hendak bermain bertahan biarpun itu adalah satu pilihan terbaik untuk catat keputusan seri. 



Lihat saja statistik ini, kedua-kedua pasukan tidak banyak percubaan on target dan ini jelas, kedua-dua pasukan sukar untuk menembusi benteng pertahanan lawan masing-masing

Jika JDT terus mempamerkan aksi seperti ini dan tingkatkan lagi tempo permainan, peluang untuk layak ke pusingan seterusnya semakin cerah.

Mampukah JDT cipta sejarah untuk jadi pasukan pertama Malaysia yang akan layak ke pusingan seterusnya?

Kedua-kedua pasukan akan bertemu sekali lagi untuk pusingan kedua pada 24 April 2022 ini bagi menentukan siapa yang lebih layak untuk berada di atas dalam kumpulan I. - KitaReporters


12
18
0
10
0
You will be interested