Seni & Sukan 15 Mar, 2022

Video| Gara-gara netizen bangkang Kak Long 7E! TV AlHijrah umum tangguh episod program Trending!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


NIAT baik stesen TV AlHijrah dengan menampilkan seseorang yang viral dalam kaca televisyen melalui program Trending adalah bagi berkongsikan pengalaman untuk tatapan orang awam

Malah, tetamu undangan ini juga akan diberi teguran, tausiyah dan pengajaran daripada mereka yang selayaknya seperti ustaz atau ustazah

Namun begitu, tetamu undangan mereka yang pernah viral seluruh Malaysia yang digelar 'Kak Long 7E' telah mencetuskan kurang senang dalam kalangan netizen kerana mereka menganggap beliau tidak layak berada di situ


Lagi cerita



Malah netizen juga mendakwa bahawa stesen televisyen itu mengejar rating tanpa fikir kesan kepada penonton

Netizen berpandangan bahawa Kak Long yang viral ini kurang sesuai dijadikan artis jemputan dek kerana kontroversi yang telah beliau lakukan sebelum ini kerana ia dikhuatiri memberi mesej yang salah dan buruk kepada orang ramai

Disebabkan dikecam begitu teruk oleh netizen dalam ruangan komen, pihak TV AlHijrah telah mengambil pendekatan bahawa siaran program itu akan ditangguhkan dahulu



Power tak power la netizen Malaysia, buat kecaman dalam ruangan komen terus diambil perhatian oleh pihak TV AlHijrah. Jangan main-main dengan netizen Malaysia. 

Jika difikirkan, ada betul juga dan sepatutnya pihak TVAhijrah panggil sama pekerja 7 Eleven tersebut. Secara tidak langsung ia dapat menjernihkan kembali keadaan. 

Diharapkan pihak televisyen mahupun media di Malaysia akan lebih cakna isu ini. Terlajak perahu boleh berundur, terlajak posting, tentera bawang Malaysia menanti. - KitaReporters


19
14
0
9
0
You will be interested